Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Februari 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 3 Julai 2026.
Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 3 Julai 2026.

  1. PRN Johor: Lapan kertas siasatan dibuka setakat semalam

    Polis membuka sebanyak lapan kertas siasatan berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16  bagi tempoh 27 Jun hingga semalam.

  2. [BELASUNGKAWA] Berehatlah Hafeez... sakit itu sudah tiada lagi

    ADA insan yang hadir dalam hidup kita hanya beberapa jam, namun, kenangannya kekal bertahun. Ada juga yang tidak pernah kita kenali secara dekat, tetapi saat pemergiannya, hati terasa seolah-olah kehilangan seorang sahabat lama.

  3. MBAS serbu premis industri dijadikan sekolah warga Rohingya di Alor Setar

    Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah menyerbu sebuah premis industri yang dijadikan sekolah untuk etnik Rohingya di kawasan Kompleks Perniagaan Shahab Perdana, dekat sini, semalam.

  4. Hanya Agong ada kuasa batalkan pelantikan Azam Baki di NFCC- PM Anwar

    Pelantikan Azam kekal berkuat kuasa sehingga 2027 dan tidak terikat dengan jawatannya sebagai Ketua Pesuruhjaya  SPRM sebelum ini.

  5. PRN Johor: "Sudahlah tak berterima kasih..." - PM Anwar tempelak Onn Hafiz

    JS-SEZ merupakan projek Kerajaan Persekutuan yang dilaksanakan dengan kerjasama Kerajaan Negeri, dan bukan di bawah bidang kuasa Menteri Besar semata-mata.

  6. Mohamad Sabu ketuai delegasi Malaysia beri penghormatan terakhir kepada Ali Khamenei

    Datuk Seri Mohamad Sabu mengetuai delegasi kerajaan Malaysia yang memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah bekas Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Seyyed Ali Khamenei di Grand Mosalla, hari ini.

  7. Astro AWANI sedia bekerjasama dengan RTM tawar platform dialog Onn Hafiz dan Maszlee

    Astro AWANI bersedia untuk bekerjasama dengan Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk menawarkan platform siaran langsung bagi dialog interaktif sekiranya Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi setuju berdepan calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Maszlee Malik.

  8. PRN Johor: “Entah macam mana Allah takdirkan, saya jadi PM” - Muhyiddin kenang detik teraju negara

    Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengimbau detik beliau dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan, dengan menyifatkan ia satu ketentuan Tuhan.

  9. Keputusan rayuan penangguhan prosiding kebangkrapan Najib, anak ditetapkan 4 September

    Mahkamah Rayuan menetapkan 4 September ini untuk menyampaikan keputusan berhubung rayuan oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan anaknya, Datuk Mohd Nazifuddin, yang memohon penangguhan prosiding kebankrapan terhadap mereka.

  10. PRN Johor: Banyak cadangan manifesto PH sudah dilaksana oleh BN - Ahmad Zahid

    Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kebanyakan cadangan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor telah pun dilaksanakan oleh kerajaan negeri di bawah pentadbiran Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Must Watch Video

Advertisement