Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 10 Oktober 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 10 Oktober 2026.

Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 10 Oktober 2026.

  1. Wedding of The Year: Syed Saddiq, Bella Astillah sah bergelar suami isteri

    Kedua pasangan itu dinikahkan oleh Datuk Seri Zulkifli Mohamad al-Bakri dengan mas kahwin sebanyak RM500.

  2. Nahas 12 kenderaan: Pemandu lori positif dadah

    Ujian saringan air kencing yang dilakukan terhadap lelaki berusia 51 tahun itu mendapati positif dadah jenis amphetamin/methamphetamine.

  3. Jerebu: Kes jangkitan saluran pernafasan naik 10.43 peratus, radang mata 26.47 peratus - KKM

    Kes jangkitan saluran pernafasan atas meningkat 10.43 peratus, manakala kes konjunktivitis atau radang mata melonjak 26.47 peratus berdasarkan pemantauan penyakit berkaitan jerebu melalui 78 fasiliti kesihatan terpilih Kementerian Kesihatan (KKM) di seluruh negara.

  4. Agong kurnia Darjah Utama Seri Mahkota Negara kepada El-Sisi

    Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N) kepada Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi yang kini dalam lawatan negara dua hari ke Malaysia.

  5. Malaysia, Mesir meterai empat MoU perkukuh kerjasama dua hala

    Malaysia dan Mesir memeterai empat Memorandum Persefahaman (MoU) dalam bidang pemerkasaan wanita, pendidikan tinggi, pelancongan serta pelaburan bagi memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

  6. ASEAN tidak boleh lagi tolak ansur, jerebu rentas sempadan perlu tindakan segera

    Isu jerebu merentas sempadan akibat kebakaran hutan di Kalimantan telah menjadi krisis tahunan yang semakin parah dan tidak boleh lagi dianggap sebagai masalah domestik semata-mata.

  7. Jerebu: Johor lanjut penutupan sekolah lima hari bermula Isnin

    Kerajaan Negeri Johor memutuskan melanjutkan tempoh penutupan semua sekolah dan institusi pendidikan di seluruh negeri selama lima hari bermula 12 hingga 16 Okt ini susulan situasi jerebu.

  8. SPRM tubuh pasukan khas teliti semula dakwaan rasuah RM350,000 babit pegawai kanan

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menubuhkan pasukan khas bagi menyemak dan meneliti semula dakwaan rasuah berjumlah RM350,000 yang dikaitkan dengan seorang pegawai kanannya.

  9. Gaji minimum naik RM2,000, libatkan lebih empat juta pekerja mulai Jun 2027

    Lebih empat juta pekerja akan menikmati kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan mulai Jun 2027, iaitu peningkatan RM300 atau 17.6 peratus.

  10. MCMC siasat individu disyaki muat naik kandungan hina Islam

    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memulakan siasatan terhadap seorang individu susulan kandungan disyaki menghina agama Islam, yang dimuat naik menerusi Facebook.

Must Watch Video

Advertisement