MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 1 Jun 2020. - Astro AWANI
ANTARA pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 1 Jun 2020.
1) COVID-19: 38 kes baharu, 51 pulih dan tiada kematian
Sebanyak 38 kes baharu COVID-19 dilaporkan pada Isnin, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 7,857 kes.
2) COVID-19: Jika terkawal, KKM cadang longgar SOP - Dr Noor Hisham
Sekiranya jangkitan COVID-19 di Malaysia terkawal dengan bilangan kes pesakit kekal satu atau dua angka, Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengesyorkan kerajaan supaya prosedur operasi standard (SOP) dilonggarkan di beberapa sektor termasuk sektor pendidikan, sukan dan sosial.
3) COVID-19: Pemantauan dan pengawasan di tiga kluster tamat
Pemantauan dan pengawasan di tiga kluster COVID-19 ditamatkan pada Isnin. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia melibatkan Kluster Madrasah Ayer Merbau, Kluster Kampung Baru dan Kluster Malayan Mansion.
4) Kes COVID-19 kalangan warga asing meningkat, namun usah disisihkan mereka - Dr Noor Hisham
Malaysia kini berdepan dengan satu cabaran baharu iaitu peningkatan kes COVID-19 dalam kalangan bukan warganegara, ujar Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
5) Pengesanan dalam komuniti diteruskan, meskipun kes semakin berkurangan - Dr Noor Hisham
Meskipun kes jangkitan semakin berkurangan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus menjalankan aktiviti pengesanan jangkitan COVID-19.
6) Penghantar makanan kontrak maut dirempuh pemandu mabuk
Seorang lelaki yang dalam perjalanan pulang selepas menghantar makanan yang dijual isterinya, maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta yang dipercayai dipandu lelaki mabuk.
7) Mabuk: Lelaki didakwa sebabkan kematian penghantar makanan
Seorang pembantu kedai aksesori kereta yang videonya tular di media sosial apabila merempuh seorang penghantar makanan awal pagi ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian.
8) Bekukan pengeluaran lesen baharu penjualan arak, cadang Annuar Musa
Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa hari ini mencadangkan supaya kerajaan membekukan pengeluaran lesen baharu penjualan arak sehingga satu garis panduan dan semakan perundangan dapat dilakukan.
9) Isu pemandu mabuk: Pindaan Akta 333 ambil kira pandangan semua pihak - Wee
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong telah mengarahkan pegawai kementeriannya untuk menyediakan satu Memorandum Jemaah Menteri bagi mendapatkan kelulusan Kabinet pada bulan ini berhubung tindakan terhadap mereka yang memandu dalam keadaan pengaruh alkohol atau dadah.
10) FAM batal saingan Piala Presiden, Belia, MPFL musim 2020
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan pembatalan tiga pertandingan di bawah kelolaannya iaitu Piala Presiden, Piala Belia dan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) bagi musim 2020 berikutan pandemik COVID-19.

#Astro Awani
#berita tempatan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#KKM
#koronavirus
#maut
#Noor Hisham Abdullah
#SOP
#Tan Sri Annuar Musa
#warga asing
#Wee Ka Siong