Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Jun 4, 2020 15:55 MYT
Jun 4, 2020 15:55 MYT
ANTARA pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 4 Jun, 2020.
Pandemik COVID-19 telah membawa perubahan dalam dunia peruncitan, sekali gus mewujudkan cabaran kepada sektor e-dagang.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan dakwaan kononnya kit RTK Antigen yang ditempah dari Korea Selatan telah kehabisan stok.
Komplikasi jangkitan COVID-19 kepada perokok jauh lebih teruk berbanding individu yang tidak merokok.
Aplikasi 'Skype' menjadi jambatan normal baharu bagi menghubungkan banduan di Penjara Kelantan dengan insan tersayang sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan Mac lepas.
Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Berhad bakal menamatkan perkhidmatan 111 kru kabin daripada 1,900 kru, 172 juruterbang dan 50 jurutera dalam usaha pengecilan operasi.
Malaysia kembali merekodkan tiga digit kes positif harian COVID-19 apabila dalam tempoh 24 jam yang lalu dengan 277 kes baharu direkodkan.
Johor bersedia untuk memulakan sesi persekolahan bagi pelajar tingkatan lima dan enam mengikut garis panduan yang ditetapkan bersama oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Meskipun prosedur operasi standard (SOP) untuk pembukaan semula taman asuhan kanak-kanak (taska) sangat ketat, kerajaan yakin dapat membuat pemantauan berkesan disebabkan mereka berdaftar.
Empat ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) bertindak meninggalkan mesyuarat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Kelab Rumah Pertubuhan Alumni Universiti Malaysia (PAUM) lebih awal kerana tidak bersetuju dengan isu pengguguran keahlian Tun Dr Mahathir Mohamad dan empat ahli Parlimen yang lain.
Tujuh pekerja kilang berdepan detik cemas apabila bas yang mereka naiki merempuh lima buah kenderaan yang diletakkan dibahu jalan dalam kejadian di Jalan Paya Terubong, George Town petang Khamis.
#AirAsia
#berita pilihan
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan
#keselamatan
#kesihatan
#KKM
#koronavirus
#pandemik
#perintah kawalan pergerakan
#PKP