ANTARA pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 9 Jun 2020.

1) Pakej pelancongan: Tempahan dan pertanyaan tidaklah begitu banyak - MAH

Pengusaha pelancongan ada menerima pertanyaan daripada rakyat Malaysia yang ingin bercuti namun jumlahnya tidaklah begitu tinggi seperti yang tular sebelum ini.

2) Kos penginapan hotel tinggi, dorong kuarantin di rumah - Dr Noor Hisham

Kos penginapan yang tinggi di hotel menyebabkan kerajaan memutuskan rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara menjalani tempoh kuarantin di kediaman masing-masing.

3) Bila sekolah dibuka? Tunggu mesyuarat Kabinet esok...

Keputusan mengenai pembukaan semula sesi persekolahan hanya akan diketahui selepas Mesyuarat Jemaah Menteri esok.

4) Kes baharu masih satu digit! Ini 5 perkara tumpuan sidang media COVID-19

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkongsi perkembangan yang positif apabila memberitahu tiada penularan kes COVID-19 dalam kalangan rakyat Malaysia.

5) Bantuan Pakej PRIHATIN masih berterusan, dianjak ke PENJANA

Bantuan-bantuan di bawah Pakej PRIHATIN masih berterusan meskipun selepas kerajaan mengumumkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

6) COVID-19: Malaysia mungkin ada tiga strain A,B,C - Dr Noor Hisham

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah tidak menolak kemungkinan terdapat tiga strain virus COVID-19 di Malaysia, iaitu A, B dan C.

7) Pusat kuarantin di hotel akan ditutup - Ismail Sabri

Pusat kuarantin di hotel akan mula ditutup memandangkan rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara kini boleh menjalani kuarantin wajib di kediaman masing-masing jika ujian COVID-19 ke atas mereka disahkan negatif.

8) Pintu sempadan negara masih ditutup kepada warga asing - Ismail Sabri

Pintu sempadan negara masih ditutup kepada warga asing dan hanya rakyat Malaysia dibenarkan masuk ke dalam negara ini.

9) Rapid Rail buat U-turn, patuh polisi penjarakan sosial

Pengendali perkhidmatan rel Rapid KL, Rapid Rail Sdn Bhd akur dengan keputusan kerajaan untuk meneruskan arahan penjarakan sosial di dalam Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan Monorel.

10) Kedai makanan, serbaneka dibenarkan beroperasi sehingga 12 tengah malam

Semua restoran, gerai dan outlet menjual makanan dibenarkan beroperasi sehingga pukul 12 tengah malam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), yang bermula Rabu.