Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Raja Hisyam Raja Zaid
Jun 30, 2020 14:56 MYT
Ikuti berita dalam negara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 30 Jun 2020.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 30 Jun 2020.
1) KPT perhalusi SOP kemasukan semula pelajar Oktober depan
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedang memperhalusi beberapa garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) bagi kemasukan semula pelajar ke universiti awam serta institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) pada Oktober depan.
2) COVID-19: KKM akui perang belum berakhir, perjalanan masih jauh
Kementerian Kesihatan (KKM) senada dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang berpendapat pandemik COVID-19 belum berakhir.
3) COVID-19: Dua kes baharu, 20 kes sembuh
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan dua lagi kes baharu positif COVID-19 direkodkan pada Selasa.
4) PKPP: 617 lagi individu tiba di tanah air diarah jalani kuarantin di rumah
Seramai 617 individu yang memasuki tanah air telah diarahkan menjalani proses kuarantin wajib di rumah, setakat Isnin.
5) PKPP: 39 lagi individu ditahan ingkar arahan
Seramai 39 individu ditahan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), setakat Selasa.
6) PKPP: Kenderaan komersial, kargo dibenarkan masuk melalui sempadan negara di Perlis, Kedah
Kerajaan pada Selasa membenarkan pergerakan di pintu masuk negara melalui sempadan negara di negeri Perlis dan Kedah.
7) PKPP: Ingat, patuhi SOP hindar kluster baharu
Hari ini adalah hari terakhir persediaan dilakukan bagi pembukaan lebih banyak sektor sosial yang dibenarkan beroperasi, selepas lebih tiga bulan ditutup berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
PERKEMBANGAN POLITIK
7) Anwar nafi berkomplot di belakang
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan wujud sebarang perbincangan mengenai beberapa watak jahat dalam pertemuan beliau dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
8) Mohd Shafie calon PM: Amanah minta rujuk kepada Majlis Presiden PH
Jawatankuasa Pimpinan Nasional (JKP) Parti Amanah Negara (Amanah) bersetuju agar perbincangan mengenai isu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dinamakan sebagai calon perdana menteri, dirujuk kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).
9) Chini Memilih: Sejarah mengundi dalam normal baharu - Pengundi awal
Proses pengundian hanya melibatkan 18 pengundi awal dalam kalangan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
10) Chini Memilih: Pastikan calon BN menang untuk buktikan kesepakatan PN - Muhyiddin
Presiden dan Pemangku Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata seluruh jentera dan akar umbi partinya di Pekan telah digerakkan bagi memastikan kemenangan milik calon BN, Mohd Shahrim Md. Zain.
#Astro #Astro Awani #Kementerian Kesihatan #KKM #koronavirus #Malaysia #pandemik #PDRM #Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan #PKPP #Polis Diraja Malaysia #SOP #WHO