Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Nursyazwani Saiful Sham
Ogos 3, 2020 15:34 MYT
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 3 Ogos 2020.
1) COVID-19: Kes positif kembali satu angka, berikut tumpuan sidang media KKM
Ia selepas terdapat penambahan dua kes baharu yang direkodkan pada Isnin, menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 9,001 kes.
2) PKPD pentadbiran di 4 mukim termasuk Kubang Pasu, Padang Terap mulai hari ini
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia merangkumi empat mukim termasuk Kubang Pasu dan Padang Terap.
3) 5 perkara penting dari sidang media Menteri Kanan Pertahanan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Task Force Operasi Pematuhan telah membuat 59,266 pemeriksaan bagi memantau dan menguat kuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam (2 Ogos 2020).
4) Kerajaan akan warta kewajipan penggunaan MySejahtera - Dr Noor Hisham
Kerajaan akan mewartakan kewajipan pengunaan aplikasi MySejahtera di setiap premis seluruh negara melalui Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
5) Filem cetak rompak: Shopee sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa
Menurut Pengarah Urusan Wilayah Shopee, Ian Ho dalam satu kenyataan, produk yang didapati menyalahi undang-undang serta melanggar polisi syarikat akan dibuang dalam senarainya.
6) Conteng mural: PDRM yakin siasatan kes selesai dalam masa terdekat
Timbalan Ketua Polis negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, pihak polis sudah memperoleh beberapa petunjuk dan siasatan lanjut berkaitan beberapa perkara teknikal kini sedang dilaksanakan.
7) Pengguna jalan raya gempar tiga gajah melintas di jalan raya Timur Barat
Kejadian mencemaskan kira-kira 7 malam Isnin itu menyaksikan seekor daripada gajah berkenaan mendekati sebuah kenderaan jenis Perodua Axia di bahagian belakang selepas kenderaan lain membunyikan hon.
8) Syarikat e-hailing disaran tumpu pelanggan pusat hiburan, kekang isu pemandu mabuk
Menterinya, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, usaha itu merupakan salah satu alternatif bagi mengekang berlakunya insiden pemandu mabuk.
9) Sabah Memilih: Shafie Apdal mahu calon setia, bukan kaki lompat
Tegas Ketua Menteri Sabah itu, kesetiaan kepada parti dan perjuangan penting bagi memastikan calon yang menang tidak melompat dan berpaling tadah.
10) Mahdzir Khalid minta 20 peratus daripada projek solar RM1.25 bilion - Saksi
Ia adalah sebagai upah kerana membantu syarikat itu mendapatkan projek solar hibrid bagi 369 buah sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 2016.
#COVID-19 #Datuk Dr Noor Hisham Abdullah #Ketua Polis Negara #Kubang Pasu #PDRM #Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan #PKPP #Polis Diraja Malaysia #Shafie Apdal #Wee Ka Siong