Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 30 September 2020.
Merujuk kepada ura-ura kemungkinan pilihan raya mengejut, seorang aktivis hari ini berkata sekarang bukan masa untuk bercakap atau menuntut kebebasan individu, sebaliknya yang lebih penting adalah usaha merencana kebebasan dari perasaan ketakutan, jangkitan dan penyakit seluruh negara.
Polis memaklumkan mangsa yang terselamat akibat keracunan karbon monoksida ketika tertidur di dalam kereta di sebuah stesen minyak di Pulau Pinang akan dibenarkan keluar dari hospital minggu ini selepas dia menunjukkan perkembangan yang sangat positif.
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat dua lagi kes kematian akibat COVID-19 pada Rabu.
Selangor mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) 1.95 lebih tinggi daripada Sabah, berikutan peningkatan dalam jumlah kes harian baru daripada dua hingga tiga kes kepada 10 ke 15 kes.
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi masih belum mengeluarkan sebarang garis panduan pelaksanaan ibadat umrah dalam suasana pandemik COVID-19 yang masih belum pulih, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) boleh dilucutkan hak tanah sekiranya masih berdegil menanam pokok ketum.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu seramai 95 individu telah dikompaun manakala tiga lagi direman oleh Task Force Operasi Pematuhan.
Seramai 98 individu telah ditahan atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Selasa oleh Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Hampir semua negeri mencatatkan kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas sehingga 12 tengah hari ini, dengan jumlah kes sebanyak 89.
Industri perbankan telah menerima kira-kira 500,000 permohonan bantuan bayaran balik pinjaman dan meluluskan 98 peratus daripadanya, demikian menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

