awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masa tidak sesuai untuk pilihan raya, ahli politik perlu sokong langkah keselamatan kesihatan - Lam Thye

Bernama
Bernama
30/09/2020
11:26 MYT
Masa tidak sesuai untuk pilihan raya, ahli politik perlu sokong langkah keselamatan kesihatan - Lam Thye
Lee Lam Thye berkata setiap usaha serta langkah-langkah penjagaan kesihatan yang baik seharusnya disokong penuh oleh semua ahli politik. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR:Merujuk kepada ura-ura kemungkinan pilihan raya mengejut, seorang aktivis hari ini berkata sekarang bukan masa untuk bercakap atau menuntut kebebasan individu, sebaliknya yang lebih penting adalah usaha merencana kebebasan dari perasaan ketakutan, jangkitan dan penyakit seluruh negara.
Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye berkata setiap usaha serta langkah-langkah penjagaan kesihatan yang baik yang diketengahkan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam memerangi wabak COVID-19 seharusnya disokong penuh oleh semua ahli politik.
"Ada ura-ura mengenai pilihan raya umum tahun ini, saya harap perkara ini hanya spekulasi semata-mata kerana sekarang ini pastinya bukan masa untuk mengadakan pilihan raya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
"Yang pertama sekali kerana faktor kos untuk mengadakan pilihan raya yang perlu difikirkan, kerana ia (pilihan raya) akan memerlukan kerajaan membelanjakan wang, yang sebenarnya kita agak kesempitan disebabkan masalah ekonomi yang berpunca daripada COVID-19," tambahnya.
Lee berkata selain itu negara tidak boleh sekali lagi mengharungi kebangkitan gelombang jangkitan terbaharu, yang pastinya akan berlaku jika orang ramai berhimpun untuk berkempen dan mengundi dalam pilihan raya.
"Sepatutnya tidak ada usaha, masa, atau kewangan, digunakan bagi maksud yang lain daripada memenuhi keperluan orang ramai yang terjejas teruk akibat COVID-19," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pilihan raya mengejut
#pilihan raya
#ahli politik
#kesihatan
#keselamatan
#Ikatan Komuniti Selamat
#Lee Lam Thye
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#pilihan raya umum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan