awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Isabelle Leong
Isabelle Leong
03/10/2020
14:47 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, 3 Oktober 2020.
ANTARA pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 3 Oktober 2020.
1) "Bertenang, jangkitan COVID-19 terkawal" - Perdana Menteri
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta seluruh rakyat Malaysia supaya bertenang dalam menghadapi penularan COVID-19 pada masa ini.
2) Kerajaan tiada hasrat laksana semula PKP di seluruh negara - Ismail Sabri
Sekiranya terdapat peningkatan kes positif COVID-19 di seluruh negara, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) Secara Pentadbiran akan dilaksanakan mengikut lokaliti seperti di Pantai Timur Sabah.
3) COVID-19: 317 kes baharu, tertinggi dicatatkan di Malaysia
Malaysia sekali lagi merekodkan kes tertinggi jangkitan COVID-19 di negara ini apabila sejumlah 317 kes baharu dicatatkan.
4) COVID-19: Kenapa kes tinggi? Tindakan aktif, agresif di lapangan - KP Kesihatan
Tindakan aktif dan agresif petugas barisan hadapan di lapangan dalam usaha mengekang penularan COVID-19 menjadi faktor peningkatan trend jumlah kes harian.
5) COVID-19: Virus boleh terus bermutasi, menyebabkan penyakit lebih teruk - Pakar Mikrobiologi
Virus COVID-19 boleh terus bermutasi dan menyebabkan penyakit yang lebih teruk, kata Pakar Mikrobiologi Klinikal Universiti Sains Islam Malaysia, Prof Madya Dr Nurul Azmawati Mohamed.
6) Timbalan Menteri positif COVID-19
Datuk Dr Ahmad Masrizal Mohamad mengesahkan beliau positif COVID-19 selepas ujian kedua dilakukan Rabu lepas.
7) Menteri Pengajian Tinggi mohon maaf
Selepas dikritik dan dikecam di media sosial berikutan nasihat supaya menangguhkan proses pendaftaran dan orientasi pelajar universiti saat-saat akhir, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad tampil memohon maaf.
8) Tempias PRN Sabah kepada PRU15
Persoalannya, apakah pola kecenderungan politik yang timbul dalam kalangan komuniti KDM di Sabah akan turut terpancar dalam kalangan pengundi terutamanya dalam komuniti bukan Islam di Semenanjung?
9) Tidak praktikal adakan PRU15 dalam masa terdekat - Rais Yatim
Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim berpandangan adalah tidak sesuai untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan dalam masa terdekat memandangkan negara masih berhadapan dengan pandemik COVID-19.
10) JAS temui sisa klinikal klinik haiwan di Sungai Gong, mahu siasat dan ambil tindakan
Program Gotong Royong Membina Denai@Sungai Gong di Rawang, Selangor yang dijalankan hari ini membawa kepada penemuan sisa klinikal di tebing sungai itu yang disyaki daripada sebuah klinik haiwan swasta berhampiran.
Topic Berkaitan
#berita tempatan
#Muhyiddin Yassin
#COVID-19
#PKP
#Kluster baharu
#KKM
#Dr Noor Hisham Abdullah
#virus
#Mutasi
#Timbalan Menteri
#PRN Sabah
#Menteri Pengajian Tinggi
#PRU15
#sisa klinikal haiwan
#Sungai Gong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan