ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 9 Oktober 2020.

1) COVID-19: 6 kematian, 354 kes baharu dilaporkan hari ini

Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengumumkan terdapat enam kematian yang direkodkan akibat COVID-19 dalam tempoh 24 jam.

2) COVID-19: Gelombang ketiga lebih mencabar, namun KKM lebih bersedia - Dr Noor Hisham

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkan gelombang ketiga COVID-19 di Malaysia sebagai lebih mencabar.

3) Hajiji disahkan positif COVID-19

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor disahkan positif COVID-19.

Menurut Setiausaha Perhubungan Awam kepada Ketua Menteri, Effendi Mohamed Sunoh, Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman itu kini menjalani kuarantin wajib di Hospital Queen Elizabeth (QEH) Kota Kinabalu.

4) COVID-19: Semua sekolah di Sabah ditutup bermula 10 Oktober - KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan semua sekolah di Sabah ditutup bermula 10 Oktober sehingga 25 Oktober 2020.

5) Sekolah boleh ditutup jika terdapat guru atau murid positif COVID-19 - Muhyiddin

Kerajaan telah mengarahkan Kementerian Pendidikan supaya mengeluarkan arahan menutup sekolah jika terdapat guru atau murid yang disahkan positif COVID-19.

6) Elak perjalanan keluar Sarawak sepanjang Oktober - Uggah

Rakyat Sarawak dinasihatkan untuk mengelak daripada melakukan perjalanan keluar dari negeri itu jika tiada urusan penting.

7) Majlis kahwin di kawasan PKPD Bersyarat dibenarkan, perlu kehadiran anggota RELA

Majlis perkahwinan yang sudah dirancang di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) Bersyarat dibenarkan untuk dilangsungkan, namun, perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang sudah ditetapkan.

8) Macau Scam: Polis buka 4,865 kertas siasatan, 2,471 ditangkap

Sebanyak 4,865 kertas siasatan berhubung sindiket Macau Scam dibuka Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun ini.

9) Anwar adakan pertemuan khas dengan MPP, Ahli Parlimen PKR

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan menerusi aplikasi Zoom dengan ahli Majlis Pimpinan Pusat serta ahli-ahli Parlimen parti itu.

10) Nur Fatima Aisya nama pilihan buat cahaya mata Fazura, Fattah

Genap usianya tujuh hari, pasangan pelakon popular, Nur Fazura Sharifuddin dan Fattah Amin mengumumkan nama puteri kesayangan mereka, Nur Fatima Aisya.

Perkara itu dikongsi pasangan artis romantik itu menerusi kemas kini di laman Instagram fattzuralovelife, hari ini.