ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 24 November 2020.
1) COVID-19: 2,188 kes baharu direkod, semuanya penularan tempatan
Malaysia merekodkan sebanyak 2,188 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia sebanyak 58,847 kes.
2) Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand
Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand, dekat sini, terbunuh akibat ditembak, awal pagi Selasa.
3) Anggota PGA ditembak: "Suami tinggalkan kami sebagai wira negara" - Isteri
"Kematiannya sangat menyedihkan, tapi saya berbangga kerana suami meninggalkan kami ketika bertugas untuk keamanan dan keselamatan negara, dia seorang wira," kata isteri mendiang Kpl Baharuddin Ramli yang terkorban selepas terkena tembakan penjenayah di sempadan Malaysia-Thailand, awal pagi tadi.
4) Kes tembak anggota PGA: 6 suspek ditahan, 3 rakyat Malaysia diburu
Tiga lelaki yang terbabit dalam kejadian tembak-menembak sehingga mengorbankan seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di sempadan Malaysia-Thailand awal pagi tadi, ditahan ketika mendapatkan rawatan di Songkhla dan Hatyai.
5) Dewan Rakyat: Kerajaan pertimbang isytihar darurat di DUN Bugaya, Parlimen Gerik
Kerajaan akan mempertimbangkan untuk mengisytiharkan darurat bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya di Sabah dan Parlimen Gerik di Perak sepertimana dilaksana di Parlimen Batu Sapi.
6) Dewan kecoh pembangkang persoal kehadiran Jeffrey ke sidang Parlimen
Sidang Dewan Rakyat hari ini kecoh seketika selepas blok pembangkang mempersoalkan kehadiran Ahli Parlimen Keningau, Datuk Dr Jeffrey Kitingan dalam sesi hari ini.
7) Kerajaan akan terus bela nasib rakyat meskipun banyak tohmahan dilemparkan - Tengku Zafrul
Kerajaan akan terus membela nasib rakyat meskipun banyak tohmahan bukan-bukan dilemparkan kepada Perikatan Nasional (PN) sejak kebelakangan ini.
8) "Kalau ada unsur menipu, saya sedia letak jawatan" - Wee Ka Siong
Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sedia meletakkan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan sekiranya fakta berhubung projek Projek Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT2) yang dibentangkan dalam Dewan Rakyat mempunyai unsur penipuan.
9) Rakyat Malaysia dijangka bekerja lebih lama pada masa depan - Mustapa Mohamed
Rakyat Malaysia dijangka akan bekerja lebih lama pada masa depan bagi memastikan perlindungan kewangan yang mencukupi untuk hari tua.
10) Muhyiddin selami masalah, zahir rasa kagum usaha keras pemandu, penunggang e-hailing
Keluhan dan masalah yang membelenggu bagi mereka yang bergelar penunggang Grab akhirnya didengari oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila beliau meluangkan masa turun padang menemui mereka pada Selasa.
Astro Awani
Tue Nov 24 2020

Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lelaki mengaku tidak sengaja bunuh ibu kandung
Seorang pekerja syarikat pembersihan mengaku bersalah atas tuduhan membunuh ibu kandungnya sendiri berusia 64 tahun pada Mei tahun lalu.

Bekerja secara 'remote', norma baharu warga Astro AWANI
Pandemik COVID-19 yang melanda sejak tahun memaksa banyak perubahan dilakukan untuk meneruskan kehidupan dan tugasan seharian. Namun, dengan bantuan teknologi, komunikasi dan kerjasama yang padu, WFH tidak menganggu kelancaran siaran buletin Astro AWANI. Tonton video ini.

Industri Sawit | Paling terdedah kekurangan buruh
Menurut Felow Pelawat Kanan Khazanah Research Institute (KRI), Prof. Dr Datin Paduka Fatimah Mohamed Arshad, pengurangan itu akan menyebabkan pengeluaran menurun hampir separuh serta berdepan pengurangan sebanyak 80 peratus yang akan menyebabkan keruntuhan sistem.

Politik | Pemuda UMNO Perak teguh bersama Zahid
Pemuda UMNO Perak menyelar tindakan sesetengah pihak yang mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berundur daripada jawatan nombor satu parti itu.

13 anggota sindiket dadah terbesar di Johor didakwa esok - Ayob Khan
13 anggota sindiket dadah terbesar negara termasuk ketua sindiket terbabit dan teman wanitanya selaku 'akauntan' akan didakwa di mahkamah Majisteret pada Selasa.

Kain Rentang | Desak Ahmad Zahid letak jawatan, laporan polis dibuat
UMNO bahagian Tanjung Malim membuat laporan polis berhubung kain rentang yang mendesak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO. Melalui akaun Facebooknya pada Isnin, pemangku Ketua Bahagian, Mohd Zaidi Aziz menafikan ia dilakukan oleh ahli UMNO di bahagiannya.

PKP 2.0 | Polis Terengganu kesan 12 laluan tikus
Polis Terengganu ketatkan kawalan dan rondaan di laluan tikus bagi menghalang pergerakan rentas negeri dan daerah sepanjang tempoh PKP 2.0. Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata sebanyak 12 laluan tikus dikenal pasti di daerah Besut dan Kemaman.

LPT2 | Pengguna harap pengurusan tingkat tahap keselamatan
Pengguna Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2 meminta pihak pengurusan lebuh raya berkenaan mengambil tindakan sewajarnya berhubung kerosakan pagar keselamatan di yang menyebabkan haiwan ternakan bebas memasuki lebuh raya itu sehingga membahayakan keselamatan mereka, terutamanya pada waktu malam.

Jenayah | PGA rampas ketum lebih 1 tan
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menggagalkan cubaan untuk menyeludup lebih satu tan daun ketum bernilai RM33,390 ke negara jiran. Menurut Komander PGA Briged Utara, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji, rampasan itu hasil operasi berasingan di Padang Besar dan Kuala Perlis.

TERKINI: Pemuda UMNO Perak teguh bersama Presiden

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang Khamis
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang Khamis
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang Rabu
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang Rabu