awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan kecoh pembangkang persoal kehadiran Jeffrey ke sidang Parlimen

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
24/11/2020
07:14 MYT
Dewan kecoh pembangkang persoal kehadiran Jeffrey ke sidang Parlimen
Sidang Dewan Rakyat kecoh sebentar selepas blok pembangkang mempersoalkan kehadiran Ahli Parlimen Keningau, Datuk Dr Jeffrey Ketingan pada Selasa. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Sidang Dewan Rakyat hari ini kecoh seketika selepas blok pembangkang mempersoalkan kehadiran Ahli Parlimen Keningau, Datuk Dr Jeffrey Kitingan dalam sesi hari ini.
Mereka memberitahu, Jeffrey sepatutnya masih berada dalam proses kuarantin kendiri selepas pulang dari Sabah.
Perkara itu dibangkitkan Fahmi Fadzil (PKR-Lembah Pantai) yang mendakwa Jeffrey baru saja pulang dari Keningau, Sabah.
“Saya difahamkan ada dalam kalangan kita baru pulang dari Sabah iaitu Keningau, yang sepatutnya berada dalam kuarantin atau tidak. Mohon Speaker jelaskan perkara ini," katanya ketika mencelah di Dewan Rakyat pada Selasa.
Dalam pada itu, Datuk Mohd Azis Jamman (Warisan-Sepanggar) mendesak Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Azalina Othman untuk mendapatkan penjelasan Jeffrey sama ada beliau masih dalam kuarantin atau tidak.
“Saya difahamkan Keningau hadir ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada 12 November lalu.
"Jika dikira beliau tidak sepatutnya berada dalam dewan ini kerana asas kita dikuarantin adalah tidak mahu Ahli Parlimen dalam dewan ini dijangkiti COVID-19,” katanya.
Azalina kemudian meminta masa untuk mendapatkan penjelasan daripada pegawai Parlimen mengenai perkara itu.
“Berdasarkan jawapan rasmi daripada Parlimen, Keningau dibenarkan hadir dengan kebenaran klinik di Parlimen. Beliau dapat ‘release order’ selepas tamat kuarantin dari Kementerian Kesihatan,” katanya.
Susulan daripada itu, Mohd Azis kemudian bangkit mencelah dengan menuduh Dewan Rakyat melakukan sikap 'pilih bulu' kerana membenarkan wakil rakyat pemerintah hadir pada sidang Parlimen.
Azalina bagaimanapun menjelaskan sebarang perkara membabitkan prosedur operasi standard (SOP) kesihatan di Dewan Rakyat boleh dipanjangkan ke Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.
Topic Berkaitan
#Azalina Othman
#Dewan Rakyat
#Keningau
#COVID-19
#kesihatan
#SOP
#Parlimen
#release order
#Mohd Azis Jamman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan