awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PRK Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag buka tirai esok
Penjawat awam rugi RM150,000 diperdaya 'phone scam'
Liga Perak Sejahtera Inter Parlimen platform cungkil bakat muda bola sepak Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
27/11/2020
15:35 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 27 November 2020.
1) Malaysia dijangka terima vaksin COVID-19 awal tahun depan - PM
Kerajaan telah menandatangani perjanjian pembelian awal vaksin dengan syarikat farmaseutikal, Pfizer bagi membolehkan negara mendapatkan 12.8 juta dos bekalan vaksin COVID-19.
2) Kerajaan akan mulakan kajian Fasa 3 vaksin COVID-19 - PM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memulakan kajian klinikal Fasa 3 vaksin COVID-19 menerusi inisiatif Kerajaan-dengan-Kerajaan (G2G) bersama China.
3) COVID-19: 1,109 kes baharu, dua kes kematian
Malaysia merekodkan sebanyak 1,109 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif COVID-19 di negara ini ialah sebanyak 61,861 kes.
4) COVID-19: Pfizer dan BioNTech bakal bekal 12.8 juta dos vaksin kepada Malaysia
Pfizer Malaysia dan BioNTech SE hari ini mengumumkan perjanjian dengan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi di Malaysia untuk menyediakan 12.8 juta dos vaksin berasaskan BNR162 mRNA bagi melawan COVID-19, tertakluk kepada keputusan klinikal dan kelulusan badan kawal selia.
5) Kes tembak anggota PGA: Sarjan Norihan tunjuk perkembangan positif, sudah sedar
Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarjan Norihan Tari yang cedera parah ditembak sudah sedar dan mula menunjukkan perkembangan positif selepas dua daripada tiga butir peluru ditubuhnya berjaya dikeluarkan semalam.
6) Bersatu, Pas dan Umno perlu kekal kerjasama untuk PRU - Ahmad Faizal
Parti gabungan dalam Perikatan Nasional (PN) termasuk Pas, dan Umno tidak boleh 'bergerak secara solo' untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Timbalan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkata, jika mana-mana parti berkenaan memilih untuk tidak menjalinkan kerjasama, ia seolah-olah memberikan 'hadiah' kemenangan kepada parti pembangkang.
7) Alif Satar terharu Dr Zulkifli bertanya khabar tentang kesihatannya
Pelakon, penyanyi dan pengacara, Alif Satar yang sebelum ini disahkan positif COVID-19 menyatakan rasa terharu selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sudi bertanya khabar kepadanya.
8) Penceramah bebas direman disyaki rogol kenalan wanita
Seorang penceramah bebas ditahan reman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes merogol seorang wanita di sebuah rumah di Seksyen 7 Shah Alam pada tahun lalu.
9) Bukan keputusan mudah luaskan skim i-Sinar - Johan
Persetujuan untuk memperluaskan pengeluaran skim i-Sinar daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada semua ahli yang terjejas pendapatan bukan satu keputusan mudah.
Pengarah Belanjawan Negara, Johan Mahmood Merican menjelaskan, ia dibuat untuk mengimbangkan antara keperluan segera jangka pendek dan jangka panjang selepas pencarum bersara kelak.
10) PKPB: Waktu operasi pasar harian dilanjutkan dari 10 pagi hingga 4 petang
Waktu operasi pasar harian di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan dari pukul 10 pagi sehingga 4 petang, berbanding 2 petang, sebelum ini.
Topic Berkaitan
#berita pilihan
#berita dalam negara
#berita tempatan
#Astro Awani
#COVID-19
#KKM
#Dr Noor Hisham Abdullah
#vaksin
#Pfizer
#Perdana Menteri
#Muhyiddin Yassin
#PKPB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan