Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Januari 1, 2021 15:00 MYT
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 1 Januari 2021.
1) Perjanjian projek HSR Malaysia-Singapura tamat, terbatal secara sendiri
Perjanjian Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura disahkan telah berakhir pada 31 Disember, sekali gus menyaksikan projek tersebut terbatal secara sendirinya.
2) Keputusan tamat projek HSR tepat, utamakan keperluan semasa - Penganalisis
Tindakan kerajaan menamatkan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura sebagaimana diumumkan oleh kedua-dua kerajaan hari ini, dilihat sebagai langkah terbaik selepas dua negara terbabit mengambil kira penilaian dari pelbagai aspek.
3) COVID-19: 2,068 kes baharu, tiga kematian direkodkan
Malaysia kekal catat kes harian melebihi 2,000 berkaitan COVID-19 selepas Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan sebanyak 2,068 kes direkodkan hari ini.
4) Sah! PKPP dilanjutkan tiga bulan lagi sehingga 31 Mac
Kerajaan hari ini mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pemulihan (PKPP), yang dijadual tamat pada 31 Disember, dilanjutkan selama tiga bulan lagi.
5) KPT lanjut tempoh penangguhan bayaran balik PTPTN kepada tiga bulan lagi
Kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selama tiga bulan lagi kepada peminjam yang layak.
6) Harga RON95, RON97 naik empat sen, diesel naik tiga sen - Kementerian Kewangan
Harga runcit petrol RON95 dan RON 97 masing-masing naik empat sen seliter manakala harga runcit diesel naik tiga sen seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam ini sehingga 8 Jan depan.
7) Lebih 10,000 guna bot laju Pulau Pinang pada hari pertama
Bermula hari ini, perkhidmatan bot laju digunakan secara rasmi membawa penumpang menggantikan feri ikonik yang sudah beroperasi sejak 126 tahun di Pulau Pinang.
8) Sembilan maut kenderaan pacuan empat roda terjunam ke sungai
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 3.14 petang.
9) Helikopter terhempas di Klang, dua cedera
Sebuah helikopter persendirian jenis Turbine Robinson R66 dilaporkan terhempas di Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), pada Jumaat.
10) Ayda Jebat, Nabil Mahir selamat diijab kabul
Pasangan selebriti, Nabil Mahir, 33, dan Ayda Jebat, 29, selamat diijabkabulkan dalam satu majlis sederhana di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail di sini.
#perintah kawalan pergerakan #PKPP #Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia #bomba #maut #kereta #terhempas #JBPM #Kementerian Kesihatan #Kementerian Kewangan #COVID-19 #pusat gerakan operasi #petrol #diesel