MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 14/01/2021 | 15:57 MYT
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 14 Januari 2021.

1) COVID-19: Malaysia catat 3,337 kes baharu, 15 kematian

Malaysia merekodkan kes harian tertinggi dengan mencatatkan sebanyak 3,337 kes pada Khamis, dengan 3,330 merupakan kes tempatan manakala selebihnya kes import.

COVID-19: Malaysia catat 3,337 kes baharu, 15 kematian


2) Tengku Razaleigh positif COVID-19

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah disahkan positif COVID-19 dan kini menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

3) Pelan vaksin COVID-19 negara ambil masa 18 bulan - Khairy

Program vaksinasi COVID-19 negara dijangka mengambil masa sehingga 18 bulan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan pada Khamis.

4) PKP 2.0: Orang bujang merungut, dobi layan diri akhirnya dibenar beroperasi - Ismail Sabri

Kerajaan bersetuju untuk membenarkan kedai dobi layan diri beroperasi di negeri-negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

5) Awas! Negeri dikenakan PKPP, PKPB boleh bertukar kepada PKP - Ismail Sabri

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh dilaksanakan di negeri yang sedang dikenakan PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) jika berlaku peningkatan mendadak kes COVID-19.

6) Ahli Parlimen dicadang utus warkah kepada Agong mohon batal darurat - Anwar

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan telah menghantar surat kepada semua Ahli Parlimen bagi mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong sebelum Jumaat ini.

7) Tiada keperluan tangguh peperiksaan SPM - PIBGN

Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) melihat tiada keperluan untuk meminda atau menangguhkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan peperiksaan utama lain.

8) Ibu Neelofa batalkan permohonan cap dagangan 'Harimau Menangis' serta-merta

Ibu kepada pengacara terkenal, Neelofa Mohd Noor, Datin Noor Kartini Noor Mohamed mengambil keputusan untuk membatalkan niatnya mendaftar produk 'Harimau Menangis'.

9) Polis buru 'Datuk' pukul pelanggan restoran kerana disuruh jangan bising

Polis memburu seorang lelaki bergelar ‘Datuk’ yang dipercayai terbabit dalam kejadian memukul seorang pelanggan restoran di Tropicana Avenue, Petaling Jaya, Selasa lepas.

10) Mayat reput dalam kereta: Tiga ditahan disyaki bunuh rakan sejenayah

Tiga anggota samun berkumpulan di Melaka dicekup pihak polis, selepas dipercayai membunuh rakan sejenayah mereka.
#Khairy Jamaluddin #Anwar Ibrahim #Tengku Razaleigh Hamzah #Sijil Pelajaran Malaysia #SPM #program vaksinasi #vaksin #PKPP #perintah kawalan pergerakan #pembangkang #peperiksaan #COVID-19 #PKP #PKPB #Parlimen