awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tengku Razaleigh positif COVID-19

Astro Awani
Astro Awani
14/01/2021
06:54 MYT
Tengku Razaleigh positif COVID-19
Tengku Razaleigh merupakan kontak rapat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Ab. Aziz Yusoff yang disahkan positif COVID-19 baru-baru ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah disahkan positif COVID-19 dan kini menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Menurut sumber, Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO itu berada dalam keadaan sihat dan stabil serta tidak mengalami sebarang komplikasi.
Difahamkan, Tengku Razaleigh merupakan kontak rapat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Ab. Aziz Yusoff yang disahkan positif COVID-19 baru-baru ini.
"Tengku Razaleigh menjalani ujian saringan baru-baru ini dan keputusannya disahkan positif. Beliau kini di PPUM dan berada dalam keadaan stabil.
"Beliau kontak rapat ADUN Nenggiri, Ab Aziz Yussof yang disahkan positif baru-baru ini," kata sumber tersebut kepada Astro AWANI.
Pada 9 Januari lalu, Adun Nenggiri dan Ketua Pemuda UMNO Gua Musang Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani disahkan positif COVID-19.
Sebelum ini, pegawai Tengku Razaleigh, Lokman Abdul Ghani juga disahkan positif COVID-19 dan menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Topic Berkaitan
#Tengku Razaleigh Hamzah
#Gua Musang
#ADUN
#Nenggiri
#Ab Aziz Yusuf
#Lokman Abdul Ghani
#Ku Li
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan