ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa ,19 Januari 2021.
1. Malaysia Airlines dapat markah penuh bagi protokol keselamatan COVID-19
Penilaian itu berdasarkan tujuh kriteria -- panduan COVID-19 dalam laman web syarikat penerbangan, penjarakan sosial semasa menaiki pesawat, peralatan perlindungan diri (PPE) kru kabin, pemakaian pelitup muka yang wajib di dalam pesawat, pengubahsuaian kepada perkhidmatan makanan, kit kebersihan penumpang dan pembersihan menyeluruh pesawat.
2. Kartel daging: Lebih banyak tangkapan akan menyusul - SPRM
Beberapa lagi individu akan ditahan berhubung isu sindiket kartel daging import haram. Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor, Datuk Azmi Alias berkata, pihaknya telah mengenal pasti beberapa lagi individu dan tangkapan akan dibuat bagi melengkapkan siasatan.
3. Halimah Sadique sah positif COVID-19
Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamad Sadique disahkan positif jangkitan COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan (KKM), selepas menjalani ujian saringan pada Isnin.
Menurut kenyataan daripada kementeriannya, Halimah akan menjalani rawatan dan tempoh kuarantin mengikut saranan dan pemantauan rapat oleh KKM di Johor Bahru.
4. 118 pekerja Pasar Borong KL disahkan positif COVID-19
Seramai 118 pekerja di Pasar Borong Kuala Lumpur disahkan positif COVID-19, hari ini.
Memetik laporan The Star, Presiden Persatuan Pemborong Sayur Kuala Lumpur, Wong Keng Fatt berkata, daripada jumlah tersebut, 31 pekerja melibatkan bahagian sayur, manakala 87 lagi di bahagian ikan.
5. Felda beli 41 juta saham FGV daripada pasaran terbuka
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) membeli 41 juta saham FGV Holdings Bhd daripada pasaran terbuka pada harga RM53.3 juta.
FGV dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata saham itu dibeli pada RM1.30 sesaham semalam (Isnin).
6. "Antara hidup dan mati.." Imam Abdul Karim Omar kongsi keperitan COVID-19
Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS), Sheikh Abdul Karim Omar Al-Fatani Al-Makki berkongsikan detik cemas dan menginsafkan selepas dirinya disahkan positif COVID-19.
7. COVID-19: 3,631 kes baharu, 14 lagi kematian dilaporkan
Malaysia mencatatkan 14 lagi kes kematian baharu akibat COVID-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian negara adalah sebanyak 619 kes.
Pada masa sama, sebanyak 3,631 kes baharu COVID-19 dilaporkan, dan jumlah kumulatif kes jangkitan virus itu di negara ini adalah 165,371 kes.
8. PKP di seluruh negara kecuali Sarawak bermula 22 Januari - Ismail Sabri
Seluruh negara bermula 22 Januari ini berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kecuali negeri Sarawak, selepas Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Perlis turut dikenakan perintah berkenaan, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
9. PKP 2.0: Kerugian lebih rendah berbanding PKP sebelum ini - Tengku Zafrul
Kerajaan menjangkakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua menyebabkan negara kerugian RM600 juta sehari berbanding RM2.4 bilion sehari pada Mac hingga Mei, tahun lepas, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
10. Malaysia negara paling gagal di Asean mengawal COVID-19 - Najib
Malaysia tidak lagi boleh mendakwa menjadi antara negara yang berjaya mengawal pandemik COVID-19, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Astro Awani
Tue Jan 19 2021

Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Rentas daerah: Kegiatan ekonomi di pekan Rantau Panjang kembali rancak
Hampir 95 peratus kedai dan gerai telah dibuka selain kenderaan yang keluar dan masuk juga semakin bertambah.

Lembu KK Elit lebih besar, hasil formulasi makanan ternakan MARDI
Penyelidikan MARDI bagi formulasi makanan ternakan mengikut pengeluaran bagi lembu jenis Kedah Kelantan Elit (KK Elit) itu diusahakan secara berterusan sejak 12 tahun lalu.

Perak pertama bina tempat rehat, rawat untuk penghantar makanan
Sebagai permulaan, tujuh tempat 3R akan dibina di Bandaraya Ipoh yang melibatkan peruntukan hampir RM500,000.

PKPB, PKPP: MOTAC keluar senarai premis pelancongan dibenar beroperasi
Premis terlibat termasuk muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat atau kampung seni warisan budaya serta persembahan budaya dan lain-lain.

Dua remaja dimasukkan ke hospital Labuan selepas disengat obor-obor
Kedua-dua mangsa sedang berkelah bersama keluarga mereka di pantai sebelum insiden itu berlaku pada 11 pagi.

Retrospektif #MH370
Retrospektif MH370: Galeri photo mengenang kembali peristiwa-peristiwa yang berlaku berikutan nahas MH370 pada 8 Mac 2014

Kawasan tangki minyak di Syria musnah diserang peluru berpandu
Menurut laporan, serangan yang dibuat itu adalah dengan menggunakan peluru berpandu balistik

Politik | Tiada krisis dalaman dalam UMNO
Tiada sebarang krisis dalam UMNO, kata Datuk Seri Mahadzir Khalid. Naib Presiden UMNO itu berkata, berhubung isu kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, ia bukannya satu krisis apabila apa yang berlaku ialah hanya pemimpin memberi pandangan masing-masing.

Wanita Tulang Belakang Keluarga, Komuniti dan Negara
Wanita mempunyai peranan yang cukup besar di peringkat keluarga sehingga ke antarabangsa. Sehubungan itu, Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood menyeru semua pihak agar bangkit menyokong peluang kesaksamaan wanita.

Politik | MIC sokong gubal undang-undang anti lompat parti
MIC menyokong penuh pendapat beberapa pemimpin parti yang mencadangkan supaya kerajaan menggubal segera undang-undang anti lompat parti di negara ini. Presidennya, Tan Sri S.A. Vigneswaran sifatkan perbuatan lompat parti itu sebagai budaya tidak sihat dan pengkhianatan kepada parti serta pengundi.

Dakwaan cuba disogok: Natrah buat laporan SPRM
Natrah, yang merupakan Ahli Parlimen daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), membuat laporan itu di SPRM Cawangan Segamat.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 6 Mac 2021.

SPRM mohon Natrah Ismail beri bukti mengenai cubaan sogok Ahli Parlimen lompat parti
Aduan tersebut adalah selaras dengan Seksyen 25 Akta SPRM 2009, mengenai kewajiban melapor transaksi penyogokan

LHDN nafi tindakan bermotif politik
LHDN menegaskan setiap aktiviti penguatkuasaan termasuk pungutan dan guaman sivil dilakukan berlandaskan akta-akta percukaian yang berkuat kuasa.

Nafi tohmahan dijadikan 'senjata politik', dakwaan tidak bertanggungjawab - SPRM
SPRM turut menegaskan bahawa agensi penyiasatan itu bebas dan sentiasa memastikan tindakannya berlandaskan undang-undang.

Zahid keluar wang Yayasan Akalbudi RM17.9 juta - Pegawai penyiasat SPRM
Menurut pegawai penyiasat berkenaan, daripada jumlah itu, RM8.6 juta digunakan untuk membayar deposit saham kepada Ri-Yaz Assets Sdn Bhd.

Aduan terhadap Adun Sebatik diserahkan ke SPRM - Warisan
Wira Warisan memfailkan aduan kepada SPRM terhadap Adun Sebatik.

Majlis Presiden PH kecam agensi kerajaan digunakan sebagai senjata politik
Majlis Presiden Pakatan Harapan mengecam sekeras-kerasnya penyalahgunaan agensi-agensi kerajaan sebagai senjata politik bagi mendapatkan sokongan daripada Ahli Parlimen pembangkang terhadap Kerajaan

KASA dan SPRM perkukuh kerjasama, perkuat tadbir urus banteras jenayah alam sekitar
Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menjalinkan kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam membanteras jenayah alam sekitar.

Perlu badan bebas perhati NGO ahli politik - Mustapha
Sebuah badan bebas perlu diwujudkan untuk memantau mana-mana ahli politik yang menubuhkan badan bukan kerajaan (NGO) untuk tujuan amal.