KUALA LUMPUR:Kerajaan menjangkakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua menyebabkan negara kerugian RM600 juta sehari berbanding RM2.4 bilion sehari pada Mac hingga Mei, tahun lepas.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ini kerana, pelaksanaan PKP 2.0 membolehkan lima sektor penting dibuka membabitkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) seperti gerai dan warung.
Katanya, buat masa ini, kerajaan berjaya mengekalkan unjuran perkembangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
"Sebelum itu saya perlu tekankan bahawa PKP 2.0 kali ini bukanlah seperti yang dilaksanakan pada bulan Mac tahun lalu.
"Ini juga antara sebab Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) ini dilaksanakan. Walaupun sektor-sektor ini masih beroperasi, kita tidak boleh membiarkan perkara itu begitu sahaja.
"Tambahan pula, tempoh pelaksanaan PKP 2.0 bergantung kepada kawalan penularan kes COVID-19," katanya dalam sidang media di sini, pada Selasa.
Menyentuh mengenai pengumuman Pakej PERMAI bernilai RM15 bilion oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin, Tengku Zafrul berkata, Pakej PERMAI dirangka khusus bagi perniagaan yang tidak boleh bergerak seperti biasa.
"Jika Belanjawan 2021 untuk merangsang ekonomi, (Pakej) PERMAI bertindak sebagai alternatif tambahan pelaksanaan PKP 2.0.
"Tetapi usaha ini terganggu sedikit oleh penularan kes COVID-19 yang meningkat, di mana Kerajaan perlu melaksanakan PKP 2.0 dan darurat banjir," katanya.
Sementara itu, Tengku Zafrul menambah, Pakej PERMAI adalah penambahbaikan bagi inisiatif yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 sertia serta inisiatif yang masih berjalan daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).
"Saya perlu jelaskan, situasi sekarang memang bukan mudah. Baik untuk rakyat mahupun kerajaan. Tugas untuk menyeimbangkan kehidupan dengan mata pencarian, jujurnya bukanlah mudah.
"Bukan saja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia sedang menyaksikan peningkatan kes. Sesetengah negara, kes naik mendadak, tapi saya ingin semua orang faham kita sedang buat yang terbaik," ujarnya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, dari perspektif ekonomi, kita sentiasa berbincang dengan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memastikan usaha kita seimbang.
"KDNK suku ketiga 2020 Malaysia, mencatatkan 2.7 peratus penguncupan antara terbaik di ASEAN, contohnya berbanding Singapura (-7 peratus), Indonesia (-3.5 peratus), Filipina (-11.5 peratus), US
(-2.9 peratus).
"Kapasiti hospital masih diperkembangkan dan sekarang kami ada hubungan dengan pihak hospital swasta untuk merawat pesakit COVID-19 dengan memperuntukkan sebanyak RM100 juta," jelasnya lagi.
Fauzi Suhaimi
Tue Jan 19 2021
Tengku Zafrul berkata, buat masa ini, kerajaan berjaya mengekalkan unjuran perkembangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). - Foto BERNAMA
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen yang bertambah baik
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata atau 0.28 peratus kepada 1,544.76 daripada paras penutup 1,540.42 pada Rabu.
Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7840/7870 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7910/7950 pada Rabu.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
Pasaran getah ditutup rendah, ambil petunjuk prestasi lemah pasaran serantau
Pada 5 petang, harga rujukan LGM untuk getah fizikal GMM 20 berada pada 766.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal ialah 735 sen sekilogram.
KDNK China meningkat 5.3 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi China berkembang lebih kukuh daripada jangkaan pada awal tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti kilang yang teguh.
Projek berkaitan ECRL dijangka tingkat aktiviti sosioekonomi dalam pelbagai sektor - MIDA
MIDA berkata ECRL menawarkan banyak peluang kepada syarikat tempatan dan menjadi satu kerugian besar sekiranya ia tidak dimanfaatkan.
Penganalisis positif terhadap prospek pertumbuhan sektor industri tahun ini
Penganalisis masih positif terhadap prospek pertumbuhan sektor perindustrian tahun ini.