NATIONAL
Kartel daging: Lebih banyak tangkapan akan menyusul - SPRM

Azmi Alias berkata, pihaknya telah mengenal pasti beberapa lagi individu dan tangkapan akan dibuat bagi melengkapkan siasatan. - Gambar SPRM Johor
KUALA LUMPUR :Beberapa lagi individu akan ditahan berhubung isu sindiket kartel daging import haram.
Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor, Datuk Azmi Alias berkata, pihaknya telah mengenal pasti beberapa lagi individu dan tangkapan akan dibuat bagi melengkapkan siasatan.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti individu berkenaan sama ada melibatkan pegawai kerajaan atau sebaliknya.
"Buat masa ini saya tidak dapat nak dedahkan (identiti) kerana dikhuatiri menganggu siasatan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, pada Selasa.
Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majisteret Johor Bahru, Nur Fathiah Mohd Fedzir di Mahkamah Majistret Johor Bahru, Johor.
Kesemua mereka yang berusia 40 hingga 55 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor kira-kira pukul 7 malam pada Isnin, kerana disyaki terlibat dengan kegiatan rasuah berhubung kemasukan daging sejuk beku tidak dibenarkan Jabatan Veterinar Malaysia.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami