MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 22 Januari 2021.
Malaysia merekodkan kes kematian baharu tertinggi setakat ini iaitu sebanyak 18 korban menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kini sebanyak 660 kes.
Sejumlah 213 Pusat Penilaian COVID-19 (CAC-COVID-19 Assesment Centre) ditubuhkan di seluruh negara bagi mengendalikan penilaian pesakit COVID-19 yang menjalani rawatan di rumah.
Seramai 3,739 daripada 190,429 pekerja warga asing yang menjalani ujian saringan wajib disahkan positif COVID-19 di negara ini.
Malaysia berjaya mendapatkan semula pemulangan aset yang dikaitkan dengan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai RM15.4 bilion (AS$3.9 bil) setakat ini.
Impian seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang menghidap leukemia tahap empat untuk menaiki kereta peronda polis (MPV) menjadi kenyataan pada Jumaat.
Penggunaan medium komunikasi yang berbeza oleh guru setiap subjek menjadi antara cabaran dihadapi ibu bapa dan pelajar yang mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara dalam talian.
Sebanyak 22 loji rawatan air di Sabah mengalami masalah dan perlu diatasi segera bagi memastikan penduduk negeri itu menerima bekalan air bersih.
Sebanyak 32,018 akaun akan mengalami gangguan bekalan air melibatkan beberapa kawasan merangkumi empat jajahan dijangka bermula hari ini hingga 30 Jan, menurut Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).
Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) mendapati terdapat enam ketidakpatuhan syarat kelulusan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) susulan kerosakan yang berlaku di Hutan Simpan Segari Melintang, Manjung, Perak.
Kementerian Kewangan menerusi satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan, harga runcit RON95 yang sebelum ini RM1.89 seliter dinaikkan kepada RM1.90 seliter sepanjang tempoh berkenaan.
#1Malaysia Development Berhad
#1MDB
#diesel
#RON95
#RON97
#KKM
#Kementerian Kewangan
#polis
#pelajar
#pekerja asing
#ujian saringan
#pengajaran dan pembelajaran
#bekalan air
#loji rawatan air
#COVID-19