Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Januari 28, 2021 15:30 MYT
Antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 28 Januari 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 28 Januari 2021.
1) COVID-19: 4,094 kes baharu, 10 kematian
Pertambahan angka berkenaan menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara kini mencecah angka 198,208 kes.
2) COVID-19: Pengurusan kondominum, apartmen boleh arah penghuni buat saringan - Ismail Sabri
Tiada halangan untuk pengurusan kondominium atau apartmen membuat peraturan meminta penghuni melakukan ujian saringan COVID-19, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
3) PKP 2.0: Semua aktiviti perniagaan dilanjutkan hingga 10 malam - Ismail Sabri
Kerajaan melanjutkan waktu operasi semua sektor atau aktiviti perniagaan yang dibenarkan sehingga pukul 10 malam bermula esok.
4) PdPR: Telefon pintar ibu, arwah ayah perlu dikongsi tujuh beradik
Dua buah telefon pintar milik seorang ibu tunggal dan arwah suaminya menjadi 'penyelamat' serta 'talian hayat' kepada sembilan anak mereka yang kebanyakannya masih bersekolah dan perlu mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) secara dalam talian.
5) Thaipusam disambut secara norma baharu, upacara agama disiar di media sosial
Saban tahun, sambutan Thaipusam di Pulau Pinang meriah dengan kehadiran puluhan ribu penganut Hindu serta pelancong tempatan dan antarabangsa mengunjungi kuil di Arulmigu Balathandayuthapani Devasthanam, Jalan Kebun Bunga, di sini.
6) PRU15 sebelum 1 Ogos?
Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa tidak menolak kemungkinan bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) boleh diadakan sebelum 1 Ogos atau 60 hari selepasnya.
7) Kedudukan negara dalam CPI jatuh: Ini antara kes rasuah di Malaysia pada tahun 2020
Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr Muhammad Mohan berkata, tahun lepas Malaysia mencatatkan skor 51 daripada 100, kurang berbanding skor 53 yang dicatatkan pada tahun 2019.
8) Siapa penggodam 'Anonymous Malaysia'? Ini ringkasan Trend Micro Malaysia
Kumpulan 'hacktivist' seperti 'Anonymous Malaysia' biasanya dibentuk oleh ahli yang tidak terikat secara tetap dan mereka bebas untuk keluar atau masuk ataupun membentuk pakatan dengan kumpulan penggodam lain untuk kempen penggodaman tertentu.
9) Majoriti rakyat mahu PKP diperketatkan lagi - Kaji selidik
Majoriti rakyat Malaysia bersetuju agar kerajaan memperketatkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai langkah terbaik dalam melandaikan jangkitan baharu COVID-19.
10) Hubungan Neelofa, PU Riz baik, bakal umum tarikh kahwin
Selepas melalui proses pemulihan, usahawan dan selebriti tersohor negara itu mengesahkan, hubungannya dengan pendakwah bebas itu sangat baik dan positif.
10 Berita Pilihan - (28 Januari 2021)
#Thaipusam #ismail sabri yaakob #Tan Sri Annuar Musa #UMNO #media sosial #pilihan raya umum #perintah kawalan pergerakan #ujian saringan #PKP #pengajaran dan pembelajaran #operasi #telefon pintar #COVID-19 #rakyat Malaysia #pilihan raya