awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Pengurusan kondominum, apartmen boleh arah penghuni buat saringan - Ismail Sabri

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
28/01/2021
10:41 MYT
COVID-19: Pengurusan kondominum, apartmen boleh arah penghuni buat saringan - Ismail Sabri
Peraturan itu bagi menjaga keselamatan penghuni di kawasan perumahan tersebut. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Tiada halangan untuk pengurusan kondominium atau apartmen membuat peraturan meminta penghuni melakukan ujian saringan COVID-19, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ismail Sabri berkata, peraturan itu bagi menjaga keselamatan penghuni di kawasan perumahan tersebut.
"Untuk menjaga keselamatan penghuni mereka, pihak pengurusan kondominum atau apartmen boleh membuat peraturan seperti itu.
"Kita tidak menghalang pihak berkenaan mengeluarkan arahan itu walaupun tiada dalam polisi Majlis Keselamatan Negara (MKN)," katanya dalam sidang media di sini, pada Khamis.
Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata, walaupun kebenaran perjalanan rentas negeri diberikan kepada pasangan suami isteri jarak jauh (PJJ), namun ia tidak bermakna mereka bebas melakukan pergerakan sedemikian.
Tegas beliau, pasangan berkenaan perlu mendapatkan kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), selain bertanggungjawab terhadap kesihatan keluarga masing-masing.
"Keputusan membenarkan pasangan ini bertemu adalah atas dasar perikemanusiaan kerana mereka mungkin perlu bertemu dalam tempoh tertentu.
"Sebab itu mereka perlu kemukakan bukti ketika memohon kebenaran daripada polis dan perlu bertanggungjawab dengan tahap kesihatan masing-masing.
"Kita nasihatkan kepada ibu bapa untuk melakukan ujian saringan sebelum pulang bagi menjamin keselamatan keluarga dan tiada guna kalau balik berjumpa keluarga tetapi akan memberi risiko kepada jangkitan COVID-19," katanya.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#PDRM
#Polis Diraja Malaysia
#Majlis Keselamatan Negara
#COVID-19
#ujian saringan
#keselamatan
#kondominium
#apartmen
#penghuni
#ujian saringan COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan