Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Nickyson Nyambar
Februari 27, 2021 15:45 MYT
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 Februari 2021.
1. COVID-19: 2,364 kes positif baharu, 10 kematian
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan sebanyak 2,364 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif 298,315 kes.
2. COVID-19: Terus patuhi SOP sehingga imuniti kelompok tercapai - KP Kesihatan
Semua pihak termasuk individu yang telah menerima vaksin COVID-19 perlu terus mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) sehingga imuniti kelompok tercapai, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
3. Dua kanak-kanak lemas, seorang hilang tragedi mandi di Pantai Sungai Ular
Dua kanak-kanak perempuan maut akibat lemas manakala seorang lagi kanak-kanak lelaki dilaporkan hilang semasa mandi di Pantai Sungai Ular di sini hari ini.
4. Warga emas kembali ke pangkuan keluarga selepas lebih 30 tahun terkandas di Sibu
Seorang warga emas wanita berusia 70 tahun yang terkandas lebih 30 tahun di Sarawak akhirnya kembali ke pangkuan keluarganya di sini hari ini dengan bantuan satu operasi belas ihsan.
5. Keputusan kes seks luar tabii: Menteri Agama adakan perbincangan dengan Jakim
Semua pihak digesa supaya menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengetepikan undang-undang Syariah Selangor yang menetapkan seks luar tabii sebagai satu kesalahan.
6. Ingkar PKP: Denda RM10,000 agak berlebihan - Lee Lam Thye
Kenaikan kompaun ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) daripada RM1,000 kepada RM10,000 seperti cadangan Kementerian Kesihatan (KKM) disifatkan terlalu tinggi, tidak adil dan berlebihan berbanding jenayah dilakukan, kata Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye.
7. COVID-19: Saya akan ambil suntikan vaksin Sinovac atau Sputnik V - Khairy
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan beliau tidak akan mengambil suntikan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech.
8. Vaksin Sinovac sama berkesan
Vaksin COVID-19 Sinovac keluaran China yang diterima Malaysia hari ini berkesan dalam mencegah jangkitan COVID-19 sama seperti vaksin jenis Pfizer-BioNTech.
9. 432 individu ingkar SOP PKP ditahan
Seramai 432 individu ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Jumaat.
10. Bas bawa pesakit COVID-19 rempuh plaza tol
Sebuah bas membawa pesakit COVID-19 remuk di bahagian hadapannya selepas merempuh Plaza Tol UPM, Serdang pada petang Sabtu.
#berita pilihan #berita tempatan #berita dalam negara #pandemik #COVID-19 #KKM #ingkar SOP #Ketibaan vaksin Sinovac #kes seks luar tabii