LABUAN: Seorang warga emas wanita berusia 70 tahun yang terkandas lebih 30 tahun di Sarawak akhirnya kembali ke pangkuan keluarganya di sini hari ini dengan bantuan satu operasi belas ihsan.
Wanita itu, yang dikenali pasti sebagai Salmah Adeh berasal dari Labuan, meninggalkan kampung halamannya 32 tahun lepas demi kehidupan lebih baik di beberapa daerah di Sarawak sebelum berpindah ke Sibu, Sarawak namun nasib tidak menyebelahinya kerana selepas itu, dia terpaksa hidup merempat.
Ahli keluarga Salmah di Labuan telah melakukan segala yang terdaya untuk mengesannya namun tiada siapa yang tahu di mana dia berada.
Keadaan hidup Salmah semakin memburuk selepas menjadi mangsa ragut di Sibu dan dia telah kehilangan kad pengenalan serta wang tunai yang disimpan di dalam dompetnya.
Semasa berada di Sibu, dia bekerja dengan seorang penjual di sebuah pasar di Sibu dan mempunyai tempat untuk berteduh namun selepas majikan yang dipanggil 'hajah' meninggal dunia, Salmah kehilangan tempat tinggal dan terpaksa hidup merempat.
Demi meneruskan kehidupan dan mengisi perutnya, Salmah kemudian membantu penjual sayur di pasar kering serta tidur di kaki lima setiap hari selama lebih 20 tahun.
Pada 8 Jan lepas, dia telah dibawa ke Hospital Sibu untuk rawatan selepas ditemukan dalam keadaan lemah dan tidak bermaya oleh seorang insan yang baik hati.
Koresponden Bernama di Sibu kemudian menyiarkan kemelut hidup warga emas itu pada Februari dan berjaya menjejaki anak saudara lelakinya, Zamain Ma'in di Labuan yang kemudian melakukan usaha untuk membawa Salmah pulang ke tempat asal wanita tersebut namun menemui jalan buntu susulan sekatan pergerakan rentas negeri akibat penularan pandemik COVID-19.
Bagaimanapun, sebuah badan bukan kerajaan Persatuan Amal Kebajikan Insan Sarawak (PAKIS) serta Jabatan Kebajikan di Sibu dan Lawas yang memulakan usaha untuk menghantar Salmah pulang ke pangkuan keluarga serta bertemu semula anak perempuannya Noredah Saman, 47.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara Labuan Rithuan Ismail berkata pihaknya turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan perubatan dari Jabatan Penyelamat dan Bomba, anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Polis Marin Labuan yang terlibat dalam operasi belas ihsan itu.
Noredah berkata ketika berpisah dengan ibunya yang berhijrah ke Sarawak untuk mencari rezeki, dia berusia 15 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 27 2021

Seorang warga emas wanita berusia 70 tahun yang terkandas lebih 30 tahun di Sarawak akhirnya kembali ke pangkuan keluarganya di sini hari ini dengan bantuan satu operasi belas ihsan. - Foto BERNAMA

Amaran ribut petir sehingga 6 pagi ini - MetMalaysia
MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan negeri terjejas adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Pekerja kedai roti bunuh tujuh rakan sekerja dalam serangan pisau
Seorang pekerja kedai roti di Filipina membunuh tujuh rakan sekerjanya dalam serangan menggunakan pisau.

Intel, Oracle luahkan kebimbangan terhadap tarif AS dengan Malaysia - Tengku Zafrul
Syarikat terkemuka Amerika Syarikat (AS), Intel dan Oracle telah meluahkan kebimbangan mengenai kesan tarif Amerika Syarikat (AS) terhadap operasi mereka di Malaysia, kata Menteri Pelaburan, Perdagang

Hampir setengah juta pelarian Syria di luar negara kembali ke tanah air
UNHCR melaporkan, kira-kira 438,000 pelarian Syria kembali ke tanah air mereka dari negara-negara jiran.

Malaysia tegaskan komitmen terhadap keadilan, keamanan mampan buat Palestin
Malaysia terus menegaskan peranannya sebagai suara berprinsip di peringkat antarabangsa dan komitmennya terhadap keadilan buat Palestin.

MAVCOM laporkan 99 peratus aduan pada separuh kedua 2024 telah diselesaikan
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) melaporkan sebanyak 99 peratus daripada semua aduan yang diterima pada separuh kedua 2024 (2H 2024) telah berjaya diselesaikan.

Piala Sudirman 2025: Jun Hao, Pearly ketuai cabaran negara di Xiaman
BAM mempertaruhkan Jun Hao dan Pearly Tan bagi mengetuai cabaran skuad negara di Piala Sudirman 2025 berlangsung pada 27 April hingga 4 Mei, di Xiamen, China.

Cadangan pemakaian lencana Jalur Gemilang diperluas ke Tabika Perpaduan - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara mencadangkan agar pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam sekolah diperluas ke Tabika Perpaduan.

KUSKOP dalam proses gubal akta baharu perkasa koperasi tempatan - Ewon
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Datuk Ewon Benedick berkata kemeteriannya kini dalam proses menggubal akta koperasi baharu bagi menggantikan Akta Koperasi 1993 (Akta 502).

Parlimen Belia: Sesi libat urus bersama universiti akan diadakan
Parlimen Malaysia akan mengadakan sesi libat urus bersama universiti awam dan swasta di seluruh negara bagi membincangkan pelaksanaan format baharu Parlimen Belia.

302 pesara di Pahang rugi lebih RM20 juta angkara penipuan dalam talian
Sebanyak 302 pesara kerajaan di Pahang menjadi mangsa penipuan dalam talian bagi tempoh tiga tahun bermula 2022.

Warga emas melecur, dua selamat dalam kebakaran
Seorang lelaki warga emas melecur di bahagian belakang badan manakala dua lagi penghuni berjaya menyelamatkan diri tanpa kecederaan dalam kebakaran di Bintulu.

Terperangkap 18 jam di balkoni, warga emas ikat baju jadi tali minta tolong
Mangsa tidak membawa telefon bimbit dan dia langsung tidak mempunyai cara untuk menghubungi bantuan.

Melaka lancar TMM2.0 hujung tahun ini
Kerajaan negeri akan melancarkan Tahun Melawat Melaka 2.0 (TMM2.0) pada 31 Dis depan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Lelaki Jerman rugi lebih RM3 juta diperdaya 'pegawai' LHDN, BNM
Mangsa membuat laporan polis setelah menyedari dirinya ditipu dalam urus niaga melibatkan pembukaan akaun bank dan pembayaran cukai palsu.

Warga emas didenda RM8,500 anjing ‘Rottweiler’ serang 5 mangsa
Seorang lelaki warga emas yang juga pemilik anjing Rottweiler didenda RM8,500 di Mahkamah Baling selepas mengaku bersalah atas lima pertuduhan cuai sehingga membiarkan haiwannya menyerang mangsa.

Warga emas rugi lebih RM700,000 ditipu 'phone scam'
Wanita warga emas mengalami kerugian RM764,511.17 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian atau phone scam di daerah Seberang Perai Tengah (SPT) baru-baru ini.

Bunuh warga emas: Hukuman penjara bekas tentera dikurangkan kepada 35 tahun
Mahkamah Persekutuan hari ini mengurangkan hukuman penjara seorang bekas tentera daripada 40 tahun kepada 35 tahun bagi kesalahan membunuh seorang pesara guru wanita dalam kejadian rompakan pada 2017.

Kerajaan Terengganu diseru lebih proaktif tangani jenayah siber
Kerajaan negeri diseru mengambil langkah lebih proaktif dan menyeluruh dalam mengatasi masalah jenayah siber yang semakin meruncing di Terengganu.

Selisih faham pasal parkir, warga emas ditolak hingga patah tulang belakang
Gara-gara menolak seorang warga emas sehingga terjatuh dan patah tulang belakang, seorang lelaki berusia 65 ditahan polis di Masjid Tanah, pada Ahad lalu.