MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 23 Mac 2021.
Masalah yang acap kali kita hadapi ini tidak mungkin dapat berakhir sekiranya kita masih melihat perihal kewangan dan materialistik itu lebih penting daripada alam sekitar, kata aktivis alam sekitar, Amlir Ayat.
Behavioural Insight diaplikasi dalam polisi kerajaan, RMK12 - KSN
2. Langkah mengintegrasikan BI ke dalam pembuatan dasar, menurut Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, akan membolehkan pembuat dasar dan pengawal selia menjangkakan impak tingkah laku polisi.
Tinjauan Astro AWANI di lokasi kejadian berhampiran Persiaran Banyan, Jalan Alam Damai mendapati, usaha untuk menurunkan mayat mangsa giat berjalan seawal jam 8 pagi.
Pihak berkuasa Malaysia berjaya melumpuhkan kartel dadah antarabangsa sekali gus merampas dadah jenis amphetamine dengan nilai RM5.2 bilion, terbesar dalam sejarah rampasan dadah Malaysia.
Malaysia dan Singapura telah mencapai asas persetujuan untuk memperkenalkan skim perjalanan ihsan bagi pergerakan merentasi sempadan untuk rakyat kedua-dua negara tersebut, kata Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan.
Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas satu pertuduhan meminta suapan berjumlah RM300,000 bagi membantu melepaskan 22 warga China, tahun lalu.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Amanah Negara (Amanah) Muhammad Faiz Fadzil menafikan tuduhan mencabul seorang wanita, dan sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan namanya.
Sebanyak 1,384 kes positif baharu COVID-19 dilaporkan sehingga 12 tengah hari 23 Mac menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 335,540 kes sehingga kini, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Perbicaraan pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund, Nazrin Hassan hari ini diberitahu, terdapat satu luka menembusi otak mangsa sedalam 6.8 sentimeter (cm) yang boleh ditafsirkan sebagai kecederaan disebabkan penggunaan tukul ataupun set memanah.
Menurut sumber, kerja mengukuh dan menstabilkan struktur kini dalam fasa akhir dan dijangka pada jam 9 malam ini anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) akan mula menjalankan misi menurunkan jasad mangsa.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami