Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Februari 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 April 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 April 2026.

1.  Data dagangan Malaysia kukuh, Ringgit meningkat berbanding mata wang utama

Advertisement

Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan mencatat pengukuhan berbanding mata wang utama dunia, termasuk dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pasaran memanfaatkan kelebihan data perdagangan Malaysia yang positif pada Mac.

2. Konflik Asia Barat: Majikan perlu lebih anjal, bukan ‘business as usual’ - PM

Majikan diseru supaya lebih anjal dan pragmatik dalam mengurus operasi syarikat susulan cabaran ekonomi semasa akibat konflik di rantau Asia Barat.

3. Firma arkitek jawab isu rekaan rumah dikaitkan kes seleweng dana RM230 juta

Sebuah firma arkitek tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan orang ramai selepas reka bentuk sebuah rumah mewah yang terkait dengan kes penyelewengan zakat dikatakan mirip rekaan rumahnya sehingga mencetuskan spekulasi.

4. Siti Mastura gagal dalam rayuan kes fitnah terhadap tiga pemimpin DAP

Panel tiga hakim diketuai Datuk Ahmad Kamal Md Shahid menolak rayuan Siti Mastura selepas mendapati ia tidak mempunyai merit.

5. Dakwaan simpan duit songlap di Afrika fitnah, sila kemuka bukti - PM

Perdana Menteri berkata beliau tidak mempunyai masa yang banyak untuk melayan fitnah itu.

6. Tiga strategi utama berdepan gelombang kedua krisis bekalan global

Kerajaan akan menumpukan kepada tiga strategi utama dalam berdepan gelombang kedua krisis bekalan tenaga dunia.

7. PM Anwar mahu badan amal dan NGO dipantau, elak seleweng dana

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu peraturan lebih ketat dilaksanakan bagi mengawal dan memantau perbelanjaan mana-mana badan amal dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mengelakkan salah laku dan penyelewengan.

8. Anwar persembah senarai calon Ketua Pesuruhjaya SPRM kepada Agong

Senarai calon bagi jawatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

9. Keputusan permohonan Ahmad Zahid bebas 47 tuduhan babit Yayasan Akalbudi pada 14 Mei

Keputusan permohonan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk dilepaskan dan dibebaskan daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi akan diketahui pada 14 Mei ini.

10. KTMB tawar diskaun 30 peratus tiket ETS, ERT menerusi kod promosi MADANI30

Orang ramai disaran merebut peluang menikmati diskaun 30 peratus bagi tiket perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan Ekspres Rakyat Timuran (ERT) sebelum tempoh pembelian berakhir 30 April. 

Must Watch Video