SHAH ALAM : Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas satu pertuduhan meminta suapan berjumlah RM300,000 bagi membantu melepaskan 22 warga China, tahun lalu.
Mengikut pertuduhan pertama, Mohammed Al Faizal Mohammed, 45, didakwa secara rasuah meminta suapan berjumlah RM300,000 daripada seorang ahli perniagaan, Lim Seng Chye, 41, sebagai dorongan untuk membantu melepaskan 22 warga China dari tahanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
Mohammed Al Faizal juga mengaku tidak bersalah atas satu lagi pertuduhan pilihan iaitu secara rasuah bersetuju menerima wang tunai RM176,000 daripada Lim sebagai dorongan untuk membantu melepaskan 22 orang warganegara China daripada tahanan polis dan JIM.
Kedua-dua pertuduhan itu didakwa dilakukannya di sebuah restoran di Jalan Dua, Kampung Baru Subang, Petaling, pada 9.30 malam, 22 Sept 2020, mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Hakim Rozilah Salleh memutuskan Mohammed Al Faizal dikenakan jaminan RM100,000 setelah Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Fadhli Ab Wahab menawarkan jumlah tersebut bagi memastikan kehadiran tertuduh di mahkamah.
Tertuduh yang diwakili peguam bela T. Tamil Salvan dan Benedict Anand itu diarah untuk melapor diri setiap awal bulan di pejabat SPRM Selangor dan pasportnya diserahkan pada mahkamah manakala sebutan semula kes pada 21 April depan.
Terdahulu Rozilah turut membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan terhadap Mohammed Al Faizal pada Isnin, selepas kegagalan tertuduh menghadiri pertuduhan kes yang sepatutnya dijalankan semalam.
Rozilah turut memberi amaran kepada Mohammed Al Faizal bahawa mahkamah tidak akan memaafkannya sekiranya dia mengulangi tindakan yang sama.
Semalam, mahkamah mengeluarkan waran tangkap kepada tertuduh apabila gagal menghadirkan diri bagi pertuduhan kes setelah dimohon pihak pendakwaan.
Tamil Salvan selepas itu memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya pada ketika itu sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, kerana mengalami artritis.
Terdahulu Mohammed Al Faizal tiba di perkarangan Mahkamah Shah Alam pada 8.45 pagi dengan berkerusi roda dan diiringi anggota SPRM.
Pada 18 Mac lalu, tertuduh telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat pertuduhan termasuk dua pertuduhan pilihan, iaitu secara rasuah menerima suapan berjumlah RM176,000 daripada seorang ahli perniagaan sebagai dorongan untuk membantu melepaskan 22 warga China dari tahanan
polis dan JIM.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 23 2021
Mohammed Al Faizal didakwa secara rasuah meminta suapan berjumlah RM300,000 daripada seorang ahli perniagaan sebagai dorongan untuk membantu melepaskan 22 warga China dari tahanan polis dan Jabatan Imigresen. - Bernama
TPM yakin produktiviti akan meningkat seiring kenaikan gaji
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin produktiviti dan prestasi penjawat awam akan dilipatgandakan seiring dengan keputusan Kerajaan menaikkan gaji kumpulan itu melebihi 13% bermula 1 Disember ini.
Henti pusing modal lama - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada semua pihak untuk tidak 'memusing' modal lama sepanjang berkempen pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu yang sedang berlangsung, semata-mata untuk mencalarkan imej UMNO dan Barisan Nasional.
CEO, pemilik syarikat direman bantu siasatan
Seorang Ketua Pegawai Eksekutif syarikat pembekalan air dan seorang pemilik syarikat yang dipercayai menerima rasuah dan tuntutan palsu berkaitan kes RM3.3 juta, direman tiga hari hingga Jumaat.
Terdapat petanda baik bagi calon PN - Saifuddin
Perikata Nasional percaya terdapat tanda-tanda positif yang menunjukkan sokongan luar jangka terhadap calon mereka, Khairul Azhari Saut, dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu yang sedang berlangsung.
25 rumah kongsi musnah di Pulau Perhentian
Sebanyak 25 rumah kongsi yang didiami lebih 80 buruh binaan musnah dalam kebakaran di Pulau Perhentian pada Rabu. Pihak bomba menaiki bot dari Kuala Besut ke lokasi kejadian yang terletak 30 kilometer dari darat.
Lelaki nekad pandu Kenari keliling dunia
Seorang lelaki dari Sarawak, Jack Voon Kuet Fei, 47, memulakan misi solo mengelilingi dunia pada Rabu dengan menaiki sebuah Perodua Kenari yang dijangka akan mengambil masa tiga tahun.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 1 Mei 2024.
10 Berita Pilihan - (01 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jokowi puji sumbangan pekerja Indonesia sempena Hari Pekerja
Presiden Joko Widodo yang juga dikenali sebagai Jokowi, pada Rabu memuji sumbangan pekerja Indonesia atas peranan penting mereka dalam ekonomi negara itu.
Gas ammonia bocor, 10 pekerja kilang dikejarkan ke hospital
Sepuluh pekerja dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan selepas berlaku insiden kebocoran gas ammonia di sebuah kilang di kawasan Perindustrian Bukit Raja, Seksyen 7.
RM30 juta ubah suai bangunan lama BNM jadi Galeri Shah Alam
Kerajaan Selangor akan menjadikan bangunan lama milik Bank Negara Malaysia (BNM) di Seksyen 14 di sini sebagai galeri lukisan.
Peremajaan bandar di Shah Alam mula dilaksana suku ketiga 2024
Projek peremajaan itu adalah seiring dengan usaha pihaknya dalam menjadikan Shah Alam sebagai sebagai bandar raya sifar karbon.
Jurulatih taekwando didakwa amang seksual fizikal terhadap 5 kanak-kanak
Seorang jurulatih taekwando mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap lima kanak-kanak perempuan.
Jurulatih cabul kanak-kanak: Polis terima satu lagi laporan
Seorang lagi kanak-kanak perempuan mendakwa menjadi mangsa cabul tenaga pengajar sebuah pusat mempertahankan diri dekat sini pada Rabu.
10 disah maut dalam nahas pesawat terhempas di Elmina - KP Selangor
Semua penumpang dan kru sebuah pesawat ringan yang terhempas berhampiran kawasan perumahan di Elmina di Seksyen U16, di Shah Alam dilaporkan terkorban.
Kapal terbang terhempas di Elmina, Shah Alam
Sebuah pesawat dilaporkan terhempas berhampiran kawasan perumahan di Elmina di Seksyen U16, di Shah Alam, pada Khamis.
Shah Alam dilanda banjir kilat
Beberapa kawasan di Seksyen 13, di sini mengalami banjir kilat susulan hujan lebat sejak jam 3 petang Rabu.
Mayat warga lelaki Indonesia dalam but kereta, tujuh lagi ditahan
Kesemua suspek yang ditahan merupakan lelaki warga Indonesia, dan kini direman tujuh hari bermula hari ini.
Polis siasat helikopter mendarat hantar pelajar ke sekolah
Tindakan sebuah helikopter mendarat di kawasan lapang berhampiran taman perumahan berhampiran Jalan U11/11D, Bukit Bandaraya Seksyen U11 mencetuskan suasana gempar.