Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mac 25, 2021 15:24 MYT
Mac 25, 2021 15:24 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 Mac 2021.
Pasukan Polis Dirja Malaysia (PDRM) perlu memperkasakan keupayaan anggota dalam menguasai perundangan negara lantaran cabaran semasa dan ancaman moden yang mendepani pasukan penguat kuasa itu ketika ini.
Polis Johor sedang memburu seorang bekas Timbalan Pendakwa Raya yang disyaki terbabit dalam sindiket berkaitan pengubahan wang haram serta jenayah komersial berkaitan Pengasas Winner Dynasty Group, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee.
Kecoh seketika semalam apabila satu video pertengkaran di antara seorang wanita dan lelaki berusia tular di media sosial. Rakaman video itu bagaimanapun tidak diketahui puncanya dan rata-rata netizen cuba memahami apa yang berlaku, namun tiada kepastian tentang apa yang terjadi.
Nanmpaknya 'bau nasi minyak' perkahwinan usahawan dan selebriti terkenal negara, Neelofa dengan pasangannya, PU Riz semakin kuat!
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan pendaftaran pemilih automatik dan Undi18 boleh dilaksanakan selepas 1 September 2022, sekali gus menyaksikan ia tidak sempat dilaksanakan pada Julai tahun ini sepertimana jangkaan awal.
Sebanyak 1,360 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 338,168 kes.
Polis berjaya menggagalkan hasrat seorang lelaki dalam cubaan untuk membunuh bekas Perdana Menteri termasuk beberapa lagi menteri lain dan kerajaan Pakatan Harapan.
Ada kemungkinan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) tidak sempat didaftarkan menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), akui Pengerusi Interimnya, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kerajaan negeri Pulau Pinang akan mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Kedah sekiranya ada projek yang dilaksanakan di Sungai Muda mengancam bekalan air di Pulau Pinang, kata Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow.
Sejumlah 41 kluster COVID-19 di semua peringkat institusi pendidikan dilaporkan setakat hari ini sejak 1 Jan lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
#berita pilihan
#berita tempatan
#PDRM
#Undi18
#Neelofa
#COVID-19
#Kedah
#pulau pinang
#Sungai Muda
#cuaca buruk