awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syria isytihar perintah berkurung di Aleppo ketika pertempuran dengan SDF memuncak
Iran alami gangguan internet menyeluruh ketika protes antikerajaan merebak ke seluruh negara
Keputusan AGC tidak teruskan 47 pertuduhan terhadap Zahid cetus persoalan ketelusan – Ramkarpal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 1,360 kes baharu, Selangor masih tertinggi

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
25/03/2021
10:51 MYT
COVID-19: 1,360 kes baharu, Selangor masih tertinggi
Daripada jumlah jangkitan baharu yang dicatatkan hari ini, hanya satu kes import direkodkan. - Gambar fail/ AP NEWSROOM
KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,360 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 338,168 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah jangkitan baharu yang dicatatkan hari ini, hanya satu kes import direkodkan.
"Selangor masih mencatat angka tertinggi dengan 356 kes jangkitan. Daripada jumlah ini, sebanyak 210 kes (59.0 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.
"Ini diikuti oleh Sarawak dengan 308 dan Johor sebanyak 129 kes," kata Dr Noor Hisham dalam kenyataan media hari ini.
Sementara itu, beliau turut memaklumkan, seramai 1,491 pesakit sembuh direkodkan menjadikan jumlah kes pulih keseluruhan sebanyak 322,416.
Selain itu, katanya keseluruhan kes aktif dalam negara kini mencecah angka 14,504.
Dalam tempoh 24 jam lalu juga, negara mencatatkan tambahan dua kematian baharu membabitkan kes warganegara di Sarawak, katanya.
Selain itu, lapan kluster baharu dikenal pasti hari ini di Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan, Kedah, Labuan, Putrajaya dan Sabah.
Tujuh daripada kluster tersebut merupakan kluster tempat kerja.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kes baharu
#kes positif
#Dr Noor Hisham Abdullah
#kesihatan
#kematian
#kluster
#Selangor
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan