TELUK INTAN: Kecoh seketika semalam apabila satu video pertengkaran di antara seorang wanita dan lelaki berusia tular di media sosial.
Rakaman video itu bagaimanapun tidak diketahui puncanya dan rata-rata netizen cuba memahami apa yang berlaku, namun tiada kepastian tentang apa yang terjadi.
Ramai mula membuat spekulasi tentang apa yang berlaku apabila butir percakapan individu dalam video itu tidak jelas.
Malah ada yang 'menjelaskan' pergaduhan itu berpunca daripada berebutkan martabak ayam, malah ada pula yang menokok ia kerana berebutkan sudu.
Semua persoalan itu akhirnya terbongkar apabila polis mengeluarkan kenyataan bahawa kejadian berpunca daripada rasa tidak puas hati berhubung cuti.
Dua individu yang dilihat bertengkar dalam kejadian di sebuah kedai makan di Jalan Changkat Jong di sini pada Isnin itu rupanya penyelia dan pekerjanya.
Lelaki tersebut dilihat menjerit menyebabkan wanita berkenaan mula menamparnya sebelum tercetus pergaduhan.
Bagaimanapun, wanita terbabit dihalang oleh rakannya dan seorang pekerja kedai membantu meleraikan pergaduhan itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Superintendan Yahaya Hassan berkata, wanita berusia 27 tahun itu telah membuat laporan polis terhadap lelaki berusia 56 tahun yang merupakan penyelianya di sebuah syarikat pengawal keselamatan.
"Laporan dibuat pada jam 9.53 malam pada Isnin akibat perselisihan faham antara mereka berdua.
"Pertengkaran tersebut dirakam oleh orang awam.
"Punca kejadian dipercayai akibat tidak berpuas hati berkaitan cuti," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu, lapor Sinar Harian.
Beliau berkata, polis telah memanggil kedua-dua pihak untuk diambil keterangan dan mereka bersetuju untuk menyelesaikan kes itu secara baik.
Astro Awani
Wed Mar 24 2021
Tidak berpuas hati mengenai cuti menjadi punca seorang wanita bertengkar dengan penyelianya di sebuah kedai makan di Teluk Intan. -Foto viral
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Final Jelajah Dunia BWF: Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bergelar naib juara selepas tewas kepada pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong pada final Jelajah Dunia BWF.
Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan
Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan jatuh ke cerun bukit.
Pindaan perlembagaan PKR: Buka ruang lebih ramai ahli memilih pimpinan tertinggi parti - Fahmi
Pindaan perlembagaan PKR berhubung proses pemilihan parti yang diluluskan hari ini membolehkan lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan tertinggi.
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Untuk Olimpik LA2028, ISN telah diberi sejumlah peruntukan bagi melihat cara untuk memperkasa lagi R&D untuk prestasi atlet.
Bukan berebut sudu atau martabak, ini rupanya punca pergaduhan di kedai makan
Lelaki tersebut dilihat menjerit menyebabkan wanita berkenaan mula menamparnya sebelum tercetus pergaduhan.