ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 5 April 2021.
1. Panel tiga hakim tolak permohonan Najib tangguh proses rayuan sebulan
Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil berkata, panel tiga hakim prosiding berkenaan sebulat suara menolak permohonan itu dan memutuskan perbicaraan diteruskan hari ini juga.
2. Rayuan Najib: Hakim Nazlan kurang pengalaman uruskan kes terbesar abad ini - Shafee
Pasukan pembelaan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempersoalkan pemilihan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali sewaktu mendengar perbicaraan berhubung dana RM42 juta dari SRC International Sdn Bhd antara 2018 hingga 2020.
3. SPRM lumpuhkan sindiket kartel projek bernilai RM3.8 bilion, ketua ditahan
Tujuh individu direman enam hari bermula hari ini sehingga 10 April bagi membantu siasatan berhubung sindiket kartel projek bernilai RM3.8 bilion.
4. PM Muhyiddin adakan pertemuan dengan Sultan Brunei
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan Sultan Brunei Sultan Haji Hassanal Bolkiah pada 11.10 pagi, Isnin.
5. Ranjau Ayob Khan: Menegak integriti dalam pahit persepsi
Peribadinya disegani, ketegasannya digeruni. Namun tak kurang juga yang membenci.
Sekian lama nama Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay sinonim dengan segala gerakan membanteras aktiviti keganasan di negara ini, kini beliau ditugaskan untuk mengemudi kontinjen Sang Saka Biru di selatan tanah air.
6. 20 kluster pendidikan dikesan KKM setakat ini - Dr Adham Baba
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan terdapat peningkatan kluster pendidikan melibatkan murid, guru dan kakitangan sekolah di seluruh negara.
7. COVID-19: 1,070 kes baharu, Selangor catat angka tertinggi
Sebanyak 1,070 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 352,029 kes.
8. Kes rogol Paul Yong: Mangsa hubungi kedutaan mengadu diperkosa - Saksi
Seorang saksi kes rogol melibatkan bekas Exco Perak, Paul Yong Choo Kiong memberitahu Mahkamah Tinggi di Ipoh, pada Isnin, bahawa mangsa mengadu telah diperkosa oleh majikannya.
9. 'Lawatan ke Langkawi bukan untuk berbulan madu, kami patuh SOP' - Neelofa
Pengacara dan pelakon popular, Neelofa menegaskan lawatannya ke Langkawi bersama suami, Haris Ismail atau PU Riz, bukan untuk berbulan madu sebaliknya atas urusan kerja.
10. Jajaran Seksyen C ECRL kembali ke cadangan asal
Jajaran Seksyen C projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dari Mentakab ke Pelabuhan Klang kembali ke jajaran asal seperti yang dicadangkan pada tahun 2016-2017, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
Astro Awani
Mon Apr 05 2021

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 5 April 2021.
![[SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan - 23 April 2021 [SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan - 23 April 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1901225/32574879421619173019353_640x360.jpg)
[SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan - 23 April 2021
Ikuti sidang media oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung penguatkuasaan pematuhan SOP bagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Pelaksanaan PKP, PKPB atau PKPP masih dilaksana secara tertumpu
Pelaksanaan sebarang perintah sama ada PKP, PKPB atau PKPP masih mengikut lokaliti dan tertumpu

Keputusan tutup sekolah adalah dibawah Kementerian Pendidikan
Keputusan tutup sekolah adalah dibawah Kementerian Pendidikan dengan nasihat Kementerian Kesihatan dan diharap Kerajaan Negeri tidak mengambil keputusan sendiri berkenaan penutupan sekolah

COVID-19: 8 kluster baharu dikenal pasti, 5 libatkan kluster pendidikan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti lapan lagi kluster baharu di lima negeri dan Kuala Lumpur.

SOP sambutan Aidilfitri diumum minggu depan - Ismail Sabri
Mereka sedang dalam proses memperhalusi cadangan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Banyak berlaku pelanggaran SOP Bazar Ramadan
Banyak berlaku pelanggaran SOP Bazar Ramadan sehingga menyebabkan beberapa bazar telah ditutup.

Bazar Aidilfitri dilanjutkan sehingga jam 2 pagi
Bazar Aidilfitri dilanjutkan sehingga jam 2 pagi berkuatkuasa esok (24 April 2021)

Rentas negeri masih tidak dibenarkan
Rentas negeri masih tidak dibenarkan, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri

Waspada helah, penipuan perbankan internet - MCMC
MCMC mengesan beberapa helah dan modus operandi yang digunakan 'scammer' seperti penghantaran pesanan ringkas secara rambang kepada pengguna yang menyerupai pesanan bank.

Jenayah | Lelaki didakwa sebabkan kematian anggota polis
Seorang penjual kuih dihadapkan ke Mahkamah Majistret George Town hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang anggota polis dalam kemalangan di Jalan Utama, George Town pada 17 April lalu. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Jamaliah Abd Manap.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 22 April 2021.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 21 April 2021.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 20 April 2021.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 19 April 2021.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 18 April 2021.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 17 April 2021.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 16 April 2021.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 15 April 2021.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita dalam negara yang menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 14 April 2021.