PUTRAJAYA: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan terdapat peningkatan kluster pendidikan melibatkan murid, guru dan kakitangan sekolah di seluruh negara.
Sehingga kini jelasnya, sebanyak 20 kluster telah dikenal pasti oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Didapati kluster melibatkan sektor pendidikan menunjukkan peningkatan dikaitkan jangkitan rakan sekerja dan kontak sosial.
"Apabila terdapat kes positif dilaporkan di Pusat Kesihatan Daerah (KPD) melibatkan anak murid, guru dan pekerja sekolah, pasukan kesihatan akan digerakkan untuk pengesanan kes dan kontak serta menjalankan proses disinfeksi," katanya dalam sidang media mingguan CITF di Putrajaya pada Isnin.
Untuk tujuan kawalan jelas Dr Adham, kakitangan kesihatan akan membuat penilaian risiko dan kesihatan di sekolah terbabit jika perlu ditutup operasi sementara.
"Kakitangan kesihatan akan buat penilaian risiko dan kesihatan secara menyeluruh memastikan pengurusan kes dan kluster dapat dijalankan sebaik mungkin.
"Untuk tujuan langkah-langkah kawalan, pegawai kesihatan daerah akan nasihatkan pengurusan sekolah untuk tutup sementara sama, ada kelas atau sekolah bergantung penilaian dijalankan," jelasnya lagi.
Tambah beliau, selain langkah yang diambil kementeriannya, pihak sekolah juga perlu sentiasa memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi.
Dalam perkembangan berkaitan, Dr Adham turut mengumumkan terdapat peningkatan daerah hijau di seluruh negara.
"Daripada 159 daerah yang kita ada kes COVID-19, setakat ini sembilan daerah di Semenanjung bertukar hijau iaitu di Hulu Perak, Kampar, Jelebu, Langkawi, Bandar Baru Sik dan Yan dan Cameron Highlands.
"Manakala di Sarawak tujuh daerah dikategorikan hijau, di Sabah peningkatan kawasan hijau, daripada 27 daerah, 5 daerah hijau dicatatkan," jelasnya lagi.
Fareez Azman
Mon Apr 05 2021

Dr Adham berkata, selain langkah yang diambil kementeriannya, pihak sekolah juga perlu sentiasa memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi. - Gambar fail

Tegas tak bertempat - PPIM
Sebagai seorang Islam, mengapa Zuharnan tidak menggunakan pertimbangan sebelum mengeluarkan kompaun dan menasihatkan pegawai masjid itu melakukan apa yang sepatutnya.

Kluster COVID-19 Pendidikan | PDP di sekolah atau PDP di rumah?
Situasi jangkitan COVID-19 di sekolah ketika ini dilihat membimbangkan, dengan semakin banyak sekolah ditutup dan puluhan kluster pendidikan direkodkan. Menjadi kebimbangan buat ibu bapa ketika ini adakah sekolah itu tempat yang selamat buat anak-anak mereka. Bersama kami ketika ini ialah Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP), Harry Tan Huat Hock untuk membincangkan apakah langkah seterusnya yang perlu diambil untuk mengelakkan situasi yang lebih buruk.

COVID-19 | Tidak patut guna dana KWAN bagi belanja vaksin
Kerajaan tidak sepatutnya menggunakan dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) bagi perolehan vaksin dan perbelanjaan berkaitan Program Imunisasi Kebangsaan. Menurut Pakar Ekonomi, Dr Muhammed Abdul Khalid dipetik laporan Sinar Harian memaklumkan, dana berkenaan adalah untuk digunakan oleh generasi akan datang apabila sumber minyak dan gas negara berkurangan.

Ramadan 2021 | Raja Abdullah II bebaskan 16 tahanan
Jordan membebaskan 16 tahanan yang didakwa atas tuduhan konspirasi berkaitan dengan bekas Putera Mahkota. Kesemua tahanan dibebaskan dengan atas perintah Raja Abdullah Kedua sempena bulan suci, Ramadan.

Usaha jadikan SMK Convent Bukit Nanas tapak warisan dapat bantahan - Nancy Shukri
Jabatan itu memulakan proses pengumpulan maklumat dan dokumen berkaitan bagi tujuan pewartaan sekolah tersebut di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 pada Mei 2008.

PM mahu KPDNHEP, agensi berkaitan pantau kenaikan harga barang
Kerajaan perlu pastikan aktiviti tidak beretika yang membebankan pengguna dapat dibanteras dengan lebih menyeluruh dan berkesan.

Pengganggur mengaku tidak bersalah pukul penghantar makanan dengan penukul besi
Bagaimanapun, tertuduh Muhammad Aslam Hashim, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Jamaliah Abd Manap pagi tadi.
![[TERKINI] Barang naik harga, kerajaan ambil tindakan tegas [TERKINI] Barang naik harga, kerajaan ambil tindakan tegas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1901186/32574879411619151712646_640x360.jpg)
[TERKINI] Barang naik harga, kerajaan ambil tindakan tegas
Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang menaikkan harga sesuka hati dan gagal mematuhi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP). Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, menjelang Hari Raya Aidilfitri kelak, beliau menjangkakan isu tersebut menjadi lebih kritikal.

COVID-19: Nasihat perjalanan CDC AS bukan perkara luar biasa - Pakar
CDC AS pada masa yang sama juga mengeluarkan nasihat yang sama ke atas kebanyakan negara Eropah dan Canada.

13 pesakit COVID-19 maut dalam kebakaran hospital
Saksi kejadian melaporkan terdengar bunyi letupan pada unit penyaman udara di unit rawatan rapi (ICU) sebelum kebakaran bermula.

COVID-19: Nasihat perjalanan CDC AS bukan perkara luar biasa - Pakar
CDC AS pada masa yang sama juga mengeluarkan nasihat yang sama ke atas kebanyakan negara Eropah dan Canada.

COVID-19: Peningkatan kes jangkitan di sekolah harus dipandang serius - Fahmi Fadzil
Beliau turut berpandangan jika sekolah ditutup, pelajar akan mengalami kekangan lain seperti sistem pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Kerajaan tidak patut guna dana KWAN untuk perolehan vaksin, PICK - Pakar ekonomi
Dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) itu untuk digunakan generasi akan datang apabila sumber minyak dan gas negara berkurangan.

Analisis: Apakah penutupan semua sekolah keputusan terbaik?
Berdasarkan respons yang kami terima, majoriti ibu bapa tidak mahu menghantar anak mereka ke sekolah ketika ini kerana bimbang dijangkiti wabak berkenaan, kata Presiden PIBGN.

COVID-19: Nilai R-naught naik 1.16, Kelantan tertinggi
Kelantan merekodkan Rt tertinggi di seluruh negara semalam, iaitu pada kadar 1.53.

COVID-19: Gelombang ketiga di Perancis akan berakhir - PM
Susulan perkembangan baik itu, pelajar akan dibenarkan ke sekolah semula bermula Isnin depan.

COVID-19: India pecah rekod global dengan 314,000 kes harian
Hospital di serata negara melaporkan jumlah katil, bekalan perubatan dan oksigen berada pada tahap kritikal.

COVID-19: Kes positif global lebih 144 juta, korban 3.06 juta
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling terjejas dengan lebih 31.9 juta kes.

17 pekerja di asrama di Singapura dijangkiti semula COVID-19
Kes-kes itu dikaitkan dengan seorang lelaki warga Bangladesh berusia 35 tahun yang tinggal di asrama berkenaan dan disahkan dijangkiti COVID-19 pada 19 April.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.