Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
April 11, 2021 15:34 MYT
Berikut antara berita dalam negara yang menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 11 April 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 11 April 2021.
1. Sidang Parlimen: Kerajaan tidak halang PH hantar memorandum kepada Agong - Takiyuddin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, sebarang keputusan akhir berkaitan tindakan membuka semula Parlimen hanya boleh diputuskan atas titah Yang di-Pertuan Agong.
2. PRU15: Penyatuan ummah bukan sahaja mampu menang, malah dua pertiga majoriti - Ahmad Amzad
Pilihan raya umum ke-15 adalah ujian sebenar bagi melihat sejauh mana keberkesanan Muafakat Nasional antara Pas dan UMNO, serta usaha penyatuan ummah, kata Datuk Ahmad Amzad Hashim.
3. 'Kerjasama dengan UMNO hanya jika sokong buka balik Parlimen' - Guan Eng
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, parti itu hanya bersedia menerima kerjasama UMNO sekiranya parti Melayu itu mahu menyokong pembukaan semula Parlimen.
4. Bukan terjatuh, rupanya ditolak suami dari tingkat 18 kondominium
Wanita yang disangka terjatuh dari tingkat 18 kondominium di Jalan Bukit Kukus, di sini, semalam rupanya maut angkara suami sendiri.
5. Budak 2 tahun maut kereta dipandu bapa terbabit kemalangan
Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas terbabit dalam kemalangan bersama ahli keluarganya di Kilometer (KM) 124 Lebuhraya PLUS arah utara, dekat sini, pada Sabtu malam.
6. 36 pengarah, pengurus 20 syarikat kes kartel daging import ditahan
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata semua mereka adalah daripada 20 syarikat yang dikenal pasti terbabit berkomplot dalam kegiatan pengedaran daging berkenaan.
7. Sindiket pengedaran dadah antarabangsa didalangi Datuk dan Datin tumpas
Sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang didalangi pasangan suami isteri bergelar Datuk dan Datin, yang berselindung di sebalik kenderaan mewah bagi penghantaran dadah, tumpas.
8. 15 muka lama kekal anggotai jawatankuasa DAP N. Sembilan, Anthony Loke pertahan jawatan
'Muka lama' kekal mengungguli Jawatankuasa Pemilihan DAP Negeri Sembilan bagi penggal 2021 hingga 2024. Ia juga menyaksikan ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook berjaya mempertahankan jawatan sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan yang dipegang beliau sejak 2004.
9. Kes baharu COVID-19 kekal 4 digit, Selangor catat 535 kes
Malaysia merekodkan 1,739 kes baharu COVID-19 untuk tempoh 24 jam yang lalu. Ia sekali gus menjadikan kumulatif kes positif ketika ini adalah 360,856 kes.
10. RUU Profesion Kerja Sosial pastikan kebajikan pekerja sosial terbela - Muhyiddin
Penggubalan Rang Undang-undang (RUU) Profesion Kerja Sosial merupakan antara inisiatif kerajaan bagi penyampaian perkhidmatan bantuan kebajikan yang lebih cekap dan mesra rakyat, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
#berita pilihan #berita tempatan #berita tumpuan #berita Malaysia #Astro Awani