awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak 2 tahun maut kereta dipandu bapa terbabit kemalangan

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
11/04/2021
04:32 MYT
Budak 2 tahun maut kereta dipandu bapa terbabit kemalangan
Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dalam kemalangan di KM124 Lebuhraya PLUS arah utara, dekat Kepala Batas, pada Sabtu. -Foto PDRM
KEPALA BATAS: Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas terbabit dalam kemalangan bersama ahli keluarganya di Kilometer (KM) 124 Lebuhraya PLUS arah utara, dekat sini, pada Sabtu malam.
Dalam kejadian 7.40 malam itu, mangsa Muhammad Iman Naufal Mohd Firdaus yang berusia 2 tahun 4 bulan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata ketika kejadian, keluarga mangsa dalam perjalanan ke Perlis bagi melawat ahli keluarga yang sakit.
Hasil siasatan mendapati tayar belakang kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki keluarga itu pecah mengakibatkan ia hilang kawalan dan melanggar besi penghadang lebuh raya.
"Kenderaan itu dinaiki lima sekeluarga dari arah Seberang Jaya menuju ke Perlis dipercayai dalam perjalanan untuk menziarahi datuk mangsa yang sakit.
"Mangsa parah dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala bapa mangsa dan ibunya yang juga penumpang hadapan masing-masing berusia 33 tahun cedera ringan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Da kakak mangsa berusia lima dan tujuh tahun yang juga berada di dalam MPV itu terselamat dan tidak mengalami kecederaan.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#Kanak-kanak lelaki maut
#PLUS
#Seberang Perai
#Akta Pengangkutan Jalan 1987
#Muhammad Iman Naufal Mohd Firdaus
#kecederaan parah di kepala
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan