MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita dalam negara yang menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 11 April 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 12 April 2021.
1. UMNO rugikan Melayu jika tidak bersama Pas, Bersatu - Penganalisis
Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik UKM, Prof Madya Dr Kartini Aboo Talib berkata, ketiga-tiga parti itu harus memikirkan persoalan jangka panjang, sedia bertolak ansur dan berkongsi kuasa secara kolektif.
2. Audio tular: Tun Faisal ajak Zahid Hamidi bersumpah untuk bersihkan nama
Bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya itu berkata, selain membuat laporan polis yang akan mengambil sedikit masa, bersumpah atas nama Allah boleh meredakan kecaman orang ramai.
3. Tiada bukti sanitasi awam mencegah COVID-19 - Pakar kesihatan awam
Menurut pakar kesihatan awam Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Malina Osman, rutin sanitasi awam hanya perlu dilakukan berdasarkan risiko di sesuatu kawasan.
4. Terlepas tangan bapa, kanak-kanak lari ke tengah jalan maut dilanggar kereta
Dalam insiden kira-kira jam 8.30 malam, Mu'tahal Assalami maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan anggota badan.
5. Audio tular: Bila bab video dan audio ini Azmin sememangnya pandai, sindir Anwar
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara sinis menyifatkan Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai seorang 'pakar audio dan video'
6. COVID-19: 1,317 jangkitan baharu, dua minggu berturut-turut kes empat angka
Genap dua minggu berturut-turut, Malaysia merekodkan kes positif COVID-19 empat angka selepas 1,317 lagi jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu.
7. Negara mungkin berdepan gelombang keempat COVID-19 - Ismail Sabri
Negara mungkin berdepan gelombang keempat COVID-19 susulan situasi semasa peningkatan nilai R-Naught (RO) dan pertambahan kes harian di beberapa buah negeri ketika ini.
8. Umat Islam di Malaysia mula berpuasa esok
Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa esok (Selasa, 13 April), demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.
9. Kedai makan, perkhidmatan penghantaran dibenarkan sehingga pukul 6 pagi sepanjang Ramadan
Kerajaan membenarkan kedai makan, warung, gerai, perkhidmatan penghantaran makanan dilanjutkan sehingga pukul 6 pagi sepanjang bulan Ramadan.
10. Pulau Pinang tersenarai antara 15 pulau terbaik dunia untuk pesara
Pulau Pinang tersenarai di tangga ketiga selepas Malta dan Mallorca, Sepanyol sebagai 15 pulau terbaik di dunia untuk menikmati usia persaraan bagi tahun 2021.

#berita pilihan
#berita tempatan
#Astro Awani
#berita dalam negara
#UMNO
#PAS
#Bersatu
#PKR
#Zahid Hamidi
#Anwar Ibrahim
#COVID-19
#ismail sabri yaakob
#Ramadan
#puasa
#tarawih