KUALA LUMPUR: Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa esok.
Syed Danial berkata tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari esok menurut perintah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Pengumuman itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.
Sebelum ini, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui satu kenyataan menetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia ialah pada hari ini bersamaan 29 Syaaban 1442 Hijrah.
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan itu turut menyatakan proses melihat anak bulan Ramadan berlangsung di 29 lokasi seluruh negara.
Menurut kenyataan itu juga, Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab.
Ramadan tahun ini merupakan kali kedua yang disambut umat Islam dalam keadaan negara masih berdepan dengan pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 12 2021

Majlis Raja-Raja sebelum ini mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab. - Foto JAKIM

KKR teliti cadangan bina lebuh raya baharu di Lembah Klang - Fadillah
Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang meneliti beberapa cadangan daripada pihak swasta berhubung pembinaan lebuh raya baharu di Lembah Klang.

Tabung Pendidikan Negeri Sabah dilancar Jun depan - Hajiji
Hajiji memaklumkan, Kerajaan negeri akan melancarkan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) bulan depan.

Najib, Shafee gagal dapat kebenaran merayu untuk gugurkan Sri Ram
Mereka gagal dalam usaha untuk mendapatkan kebenaran merayu keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman untuk menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada pasukan pendakwaan.

Trafik antarabangsa di rangkaian lapangan terbang tempatan melonjak 53 peratus - MAHB
Purata 23,000 pergerakan penumpang antarabangsa setiap hari, dengan trafik memuncak melebihi 30,000 semasa cuti perayaan Aidilfitri.

Aktiviti berbasikal: Waspada laluan jalan curam di laluan Simpang Pulai - Cameron Highlands
Laluan Simpang Pulai - Cameron Highlands sememangnya sesak dengan kenderaan selain curam.

Rogol anak tiri, pemuda OKU dipenjara 15 tahun, 10 sebatan
Kesalahan itu dilakukan dalam bilik tidur mangsa di sebuah rumah di Bukit Katil, Melaka pada jam 2 pagi, 19 Februari 2020 lalu.

Mahkamah | Buli junior: Empat pelajar mengaku bersalah
Empat pelajar lelaki sebuah sekolah di Seremban dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas pertuduhan menyebabkan cedera ke atas pelajar tingkatan satu pada dua minggu lalu. Kesemua tertuduh berusia 15 hingga 16 tahun turut membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan terhadap dibacakan dihadapan Majistret Norzaliza Tesmin.

Pemilihan PKR 2022: Lapan cabang undi semula akhir bulan ini, keputusan ditangguh - JPP
Pengundian semula di lapan cabang tersebut disebabkan beberapa masalah termasuk masalah teknikal yang berlaku ketika pengundian fizikal.

AWANI Ringkas: COVID-19: Berlaku penurunan kes positif pada minggu epid 20
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

WEF 2022 | Malaysia perlu hati-hati depani cabaran global
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berpandangan Malaysia perlu berhati-hati dalam mendepani cabaran global separuh kedua tahun ini. Beliau memberi komitmen bahawa kerajaan berada dalam kapasiti untuk terus membantu golongan yang terkesan akibat impak global yang dilalui Malaysia.

Umat Islam di Malaysia mula berpuasa esok
Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa esok (Selasa, 13 April), demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.