MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 13 Mei 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 13 Mei 2021.
Itu antara pesanan yang dititipkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kepada warga kerja KKM ketika mengadakan sesi tinjauan di Hospital Putrajaya pada hari pertama Aidilfitri.
Kalau tidak patuh SOP, Malaysia berisiko hadapi 'tsunami' COVID-19 seperti India - Dr Noor Hisham
2. Malaysia berisiko menghadapi keadaan seperti 'tsunami COVID-19' di India, demikian tegas Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Jumlah kes baharu positif wabak itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan dalam negara sehingga kini sebanyak 458,077, umum Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menunaikan solat sunat Aidilfitri di Istana Negara.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru rakyat untuk terus bersyukur di atas segala nikmat yang ada, meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran ketika tempoh pandemik ini.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengemas kini sistem permohonan rentas negeri bagi mengelakkan pemalsuan dokumen pada masa akan datang.
Pemeriksaan polis sempena perayaan Aidilfitri tidak hanya tertumpu kepada sekatan jalan raya (SJR) tetapi 'posting' atau hantaran masyarakat dalam media sosial seperti Facebook juga dipantau bagi memastikan arahan ditetapkan kerajaan untuk mengekang penularan wabak COVID-19, dipatuhi.
Terdapat cubaan rentas negeri dilakukan individu untuk masuk ke Johor melalui Tangkak. Antara alasan yang digunakan mereka ialah untuk menziarahi ibu bapa yang sudah tua dan kubur.
Empat tahun lalu, idea membuka pusat pengajian al-Quran di dalam bas lama hanyalah angan-angan sekumpulan 13 anak muda yang tercetus ketika minum di sebuah warung di Taman Sri Rembau di sini.
Sarawak akan menilai semula penggunaan vaksin AstraZeneca dalam Program Imuninasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) peringkat negeri itu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami