MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 14 Mei 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 14 Mei 2021.
1. SOP Aidilfitri: Polis nafi gambar tular kompaun RM30,000
Polis menafikan penularan gambar tular di media sosial berhubung pelaksanaan operasi pihak polis yang mengenakan kompaun sebanyak RM30,000 kepada orang awam atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri 2021.
2. Ketua Pengarang Malay Mail meninggal dunia
Ketua Pengarang Malay Mail Datuk Wong Sai Wan meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya dekat sini, awal pagi tadi.
3. COVID-19: Nilai R-naught meningkat 1.14, Perak tertinggi
Kadar kebolehjangkitan (R-naught atau Rt) COVID-19 di Malaysia mencatat peningkatan dua hari berturut-turut.
4. Tikam bekas abang ipar, penganggur direman
Seorang penganggur yang didakwa membunuh bekas abang iparnya dalam kejadian pada hari pertama Syawal, di Kampung Berangan Enam, Jasin, Melaka, direman tujuh hari bermula hari ini.
5. Pemanah negara Haziq Kamaruddin meninggal dunia
Pemanah senior negara, Haziq Kamaruddin, 27 tahun, meninggal dunia pagi ini.
6. MyAqsaDefenders sasar kumpul dana RM10 juta bantu Palestin
Gabungan kerjasama NGO itu mensasarkan dana untuk menyalurkan bantuan kecemasan, bantuan jangka masa sederhana dan jangka masa panjang.
7. 20 ditahan insiden merusuh guna suar, kain rentang berunsur provokasi
Seramai 20 individu ditahan polis sehubungan dakwaan terlibat dalam insiden merusuh di Parit Raja, Batu Pahat kelmarin.
8. COVID-19: 4,113 kes baharu, 34 lagi kematian dilaporkan
Sebanyak 4,113 kes COVID-19 direkodkan pada Khamis yang menjadikan jumlah keseluruhannya kini sebanyak 462,190 kes. Untuk rekod hari ini, Selangor masih berada pada kedudukan tertinggi.
9. Malaysia bersama Palestin, Zionis biadab - Hishammuddin
Malaysia akan terus bersama Palestin. Itu mesej jelas Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang tersentuh hati melihat kemusnahan yang berlaku di Gaza.
10. Tempoh kuarantin pengembara tiba dari India melalui misi kemanusiaan, penerbangan repatriasi dilanjut
Kementerian Kesihatan (KKM) melanjutkan tempoh kuarantin wajib bagi penumpang yang tiba dari India melalui misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) serta penerbangan repatriasi dari negara itu.