KUALA LUMPUR : Sebanyak 4,113 kes COVID-19 direkodkan pada Khamis yang menjadikan jumlah keseluruhannya kini sebanyak 462,190 kes.

Untuk rekod hari ini, Selangor masih berada pada kedudukan tertinggi pertambahan kes harian iaitu 1,269 kes dan seterusnya Sarawak, 533 kes dan Johor 335 kes.

Kes kematian terus mencatatkan pertambahan sebanyak 34 lagi kes menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian sebanyak 1,822 kes. 

Berikut merupakan pecahan kes mengikut negeri:

Selangor - 1,269
Sabah - 53
Johor - 335
WP KL - 306
Sarawak - 533
P Pinang - 266
N Sembilan - 124
Kelantan - 371
Perak - 147
Kedah - 228
Melaka - 107
Pahang - 178
Terengganu - 165 
WP Labuan - 6
WP Putrajaya - 20 
Perlis - 5

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat satu kes import dilaporkan yang menerima jangkitan dari luar negara.

“Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini sebanyak 41,471 kes,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Kes kematian hari ini merekodkan pertambahan sebanyak 34 lagi kes menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 1,822 kes.

Setakat ini, sebanyak 482 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 250 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Keseluruhan kes sembuh kini sebanyak 418,897.