Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mei 30, 2021 15:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 30 Mei 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 30 Mei 2021.
1. Agong, Raja Permaisuri ucap selamat menyambut Pesta Kaamatan
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertitah agar perayaan Pesta Kaamatan yang merupakan hari bermakna kepada masyarakat Kadazandusun, disambut dengan kebiasaan baharu yang mengutamakan keselamatan diri, keluarga dan masyarakat.
2. Hina YDP Agong, Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak Iswardy Morni ditahan
Polis menahan Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak, Iswardy Morni bagi membantu siasatan berkait kenyataannya menerusi video di laman YouTube yang didakwa berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
3. Mohamad Hasan cadang strategi minimumkan tekanan sistem kesihatan negara
Keputusan kerajaan melaksanakan Sekatan Pergerakan Penuh (total lockdown) adalah sangat bertepatan kerana dapat meminimumkan tekanan terhadap sistem kesihatan negara. Bagaimanapun, Datuk Seri Mohamad Hasan melahirkan kebimbangan mengenai kemapanan sistem kesihatan negara.
4. Apa nasib sistem pendidikan Malaysia? Ini 4 desakan Pakatan Harapan
Menerusi satu kenyataan bersama yang dipengerusikan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik berkata kegagalan menetapkan hala tuju yang jelas akan menyebabkan kesan buruk kepada lebih 5 juta pelajar.
5. Pemuda PN senaraikan lima cadangan bantuan kepada rakyat
Ketua Pemudanya, Khairil Nizam Khirudin berkata, antara bantuan yang boleh diberikan ialah Skim Bantuan Bersasar B40 dan M40, Moratorium Automatik Tanpa Cas Faedah selama dua bulan dan Subsidi Upah Pekerja.
6. COVID-19: 6,999 jangkitan baharu hari ini, Selangor catat 2,477 kes
Jumlah jangkitan baharu COVID-19 yang direkodkan dalam negara sejak 24 jam lalu turun kepada 6,999 kes berbanding hari sebelumnya sebanyak 9,020.
7. Mufti Perak Tan Sri Harussani meninggal dunia
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada Ahad.
8. Kilang, pusat beli-belah ditutup. Apa yang boleh? Ini senarainya...
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk larangan pergerakan penuh (total lockdown) yang akan berkuat kuasa pada 1 Jun ini turut tidak membenarkan sektor perkilangan beroperasi.
9. Ibu Neelofa mohon maaf pada Istana Johor, Tunku Idris ingatkan adab tidak boleh dijual beli
Warga maya yang tidak berpuas hati dengan gaya bahasa yang digunakan itu, telah menularkan tangkapan skrin itu hingga mendapat perhatian Tunku Idris.
10. Tiada manipulasi sistem oleh SELangkah dalam pendaftaran AstraZeneca
Tidak berlaku manipulasi sistem oleh pihak SELangkah sepertimana didakwa oleh beberapa pihak baru-baru ini, melibatkan pemberian vaksin COVID-19 baru-baru ini.
#berita pilihan #berita dalam negara #berita tempatan #Astro Awani #Mufti Perak #Harussani Zakaria #total lockdown #PKP #COVID-19 #KKM