awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohamad Hasan cadang strategi minimumkan tekanan sistem kesihatan negara

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
30/05/2021
03:03 MYT
Mohamad Hasan cadang strategi minimumkan tekanan sistem kesihatan negara
Datuk Seri Mohamad Hasan melahirkan kebimbangan mengenai kemapanan sistem kesihatan negara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan melaksanakan Sekatan Pergerakan Penuh (total lockdown) adalah sangat bertepatan kerana dapat meminimumkan tekanan terhadap sistem kesihatan negara.
Bagaimanapun, Datuk Seri Mohamad Hasan melahirkan kebimbangan mengenai kemapanan sistem kesihatan negara.
Kata Timbalan Presiden UMNO itu, proses vaksinasi negara sangat bergantung kepada pembekalan luar dan mungkin terbantut kerana bekalan perlahan.
Ini ditambah dengan kemunculan pelbagai varian COVID-19 baharu yang lebih ganas.
Justeru, kata Mohamad yang lebih mesra dipanggil 'Tok Mat', ancaman luar biasa itu memerlukan tindak balas luar biasa kerana walaupun total lockdown boleh mengurangkan jangkitan, namun pembukaan pelbagai sektor ekonomi boleh menaikkannya semula.
"Kerajaan mesti segera mengupayakan sistem kesihatan negara dengan jumlah ruang rawatan rapi mesti digandakan dengan pantas manakala “Field ICU” bukan solusi jangka masa panjang.
"Pembinaan hospital khusus untuk kecemasan nasional wajar dipertimbangkan dengan segera dan pantas serta gemblengkan keupayaan syarikat pembinaan terbaik negara untuk tugas patriotik ini.
"Belajarlah dari China, sebaik pandemik ini dikesan, perkara pertama mereka lakukan ialah membina hospital dengan pantas," katanya dalam ciapan di akaun Twitternya, pada Ahad.
Mengulas lanjut, ADUN Rantau itu juga menggesa kerajaan mempertimbangkan nasionalisasi beberapa hospital swasta atau fasiliti yang boleh dijadikan hospital milik kerajaan dengan pantas.
"Mengupayakan sistem kesihatan juga bermakna menggandakan keperluan sumber kesihatan, kepakaran dan tenaga daripada pelbagai klinik swasta boleh 'dipinjam' semasa kecemasan ini.
"Kementerian Kesihatan telah mempunyai sukarelawan namun ia mesti dipertingkatkan dengan manfaatkan lambakan graduan perubatan yang belum mendapat penempatan.
"Sukarelawan tanpa latar belakang kesihatan pula boleh melakukan pelbagai kerja pentadbiran dan lapangan," jelasnya.
Ujar Tok Mat, keletihan tenaga hadapan kesihatan adalah nyata jadi pengambilan pakar yang telah bersara, pakar ekspatriat serta kakitangan terlatih dari negara seperti Filipina mesti segera dipertimbangkan jika sumber dalaman adalah terhad.
"Kita sangat terhutang budi dengan seluruh fraterniti kesihatan, justeru segera lebarkan segala keperluan kesihatan nasional kerana pandemik koronavirus ini tidak akan berlalu dengan mudah.
"Yang pasti, perang melawan wabak ini akan panjang dan kompleks," katanya.
Topic Berkaitan
#Mohamad Hasan
#UMNO
#Filipina
#China
#Kementerian Kesihatan
#COVID-19
#pandemik
#jangkitan
#total lockdown
#sekatan pergerakan penuh
#koronavirus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan