awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada manipulasi sistem oleh SELangkah dalam pendaftaran AstraZeneca

Astro Awani
Astro Awani
30/05/2021
15:50 MYT
Tiada manipulasi sistem oleh SELangkah dalam pendaftaran AstraZeneca
Tidak berlaku manipulasi sistem oleh pihak SELangkah sepertimana didakwa oleh beberapa pihak baru-baru ini, melibatkan pemberian vaksin COVID-19 baru-baru ini.
KUALA LUMPUR: Tidak berlaku manipulasi sistem oleh pihak SELangkah sepertimana didakwa oleh beberapa pihak baru-baru ini, melibatkan pemberian vaksin COVID-19 baru-baru ini.
Pada masa sama, individu didaftarkan tanpa pengetahuan mereka untuk vaksin AstraZeneca akan dihubungi Badan Bertindak Imunisasi (CITF) bagi dapatkan persetujuan.
Perkara berkenaan diputuskan susulan pertemuan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) pada Ahad.
Dalam satu kenyataan bersama, Khairy dan Amirudin menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Selangor melaksanakan pendaftaran vaksin AstraZeneca bagi pihak individu yang sudah mendaftar di bawah kempen bantuan (outreach) ImuniSel.
"Walau bagaimanapun, seperti yang telah diumumkan oleh CITF, tempahan slot vaksin AstraZeneca adalah dibuat secara sukarela atau opt in atas persetujuan dan pemahaman setiap individu terhadap vaksin AstraZeneca.
"Justeru, pendaftaran bagi vaksin AstraZeneca memerlukan persetujuan berbeza berbanding vaksin-vaksin lain yang berada dalam program arus perdana PICK.
"Oleh yang demikian, pihak ImuniSel mengambil maklum berhubung keperluan mendapatkan kebenaran berbeza ini sebelum pendaftaran bagi vaksin AstraZeneca dibuat," kata kenyataan tersebut.
Menerusi pendaftaran AstraZeneca yang dibuat oleh Imunisel tanpa pengetahuan mereka, terdapat beberapa individu yang telah terlebih dahulu menerima janji temu vaksinasi bukan AstraZeneca, digantikan dengan janji temu baharu bagi vaksin AstraZeneca.
Bagi menyelesaikan isu ini, pihak ImuniSEL telah bersetuju untuk menyerahkan senarai nama individu yang telah didaftarkan tempoh hari untuk dihubungi oleh pihak CITF bagi mendapatkan persetujuan menerima vaksin AstraZeneca.
Sementara, bagi individu yang terkesan akibat penggantian janji temu dan tidak bersetuju dengan janji temu baharu yang diberikan, individu terbabit akan diberikan semula janji temu terdahulu.
Kenyataan itu juga memaklumkan satu ciri tambahan di aplikasi MySejahtera akan dibangunkan dalam masa terdekat bagi membolehkan individu yang terkesan terutamanya yang telah menerima janji temu baharu menggantikan janji temu terdahulu, dapat memberi maklum balas dan mendapat penyelesaian segera.
Topic Berkaitan
#SELangkah
#vaksin
#AstraZeneca
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#COVID-19
#PICK
#CITF
#Khairy Jamaluddin
#Selangor
#Amirudin Shari
#ImuniSel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan