MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 04/06/2021 | 15:52 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 4 Jun 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 4 Jun 2021.
1. PM minta JKJAV buat kajian wajibkan pengambilan vaksinasi
JKJAV diminta lakukan kajian berkenaan sekiranya jumlah pendaftaran pengambilan vaksin COVID-19 tidak mencapai sasaran imuniti kelompok.
2. Harimau Malaya tunduk 0-4 kepada UAE
Kunjungan ke UAE sekali lagi berakhir dengan keputusan mengecewakan, selepas tewas 0-4 kepada pasukan tuan rumah pada aksi Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, awal pagi Jumaat.
3. MITI digesa turun padang pantau syarikat sebelum beri kelulusan beroperasi - DPDM
MITI digesa bekerjasama dengan bahagian industri kerajaan negeri dan PBT untuk memantau syarikat yang memohon kebenaran beroperasi sepanjang tempoh PKP 3.0, sebelum memberi kelulusan.
4. COVID-19: Annuar Musa sasar Wilayah Persekutuan pertama capai imuniti kelompok
Ini susulan Putrajaya menjadi bandar pertama mencapai 100 peratus pendaftaran vaksin di aplikasi MySejahtera, kata Menteri Wilayah Persekutuan.
5. Parlimen akan dibuka sekiranya imuniti kelompok dicapai - Hamzah
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, kerajaan ketika ini menghadapi cabaran apabila ada sesetengah pihak yang dipercayai menjalankan kempen anti-vaksin sekali gus melambatkan sasaran untuk dicapai.
6. Malaysia beri kelulusan pengilang AstraZeneca di Thailand - Dr Noor Hisham
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pengilang kedua ini merupakan pengeluar yang akan menjadi sumber bekalan vaksin AstraZeneca untuk kegunaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di negara ini.
7. Bakal jemaah haji diminta sabar tunggu pengumuman rasmi tunai haji tahun ini - TH
Pengarah Eksekutif Haji TH Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, TH akan memaklumkan mengenai perkara itu kepada semua bakal haji, sebaik memperoleh keputusan rasmi daripada kerajaan Arab Saudi.
8. COVID-19: 7,748 kes baharu, N. Sembilan catat lebih 700 kes
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara ini sebanyak 603,122 kes.
9. Keputusan SPM 2020 Khamis depan - Menteri Pendidikan
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin, mengumumkan perkara itu dalam satu perkongsian video pendek di laman Facebooknya, hari ini.
10. 19 kes Varian Membimbangkan COVID-19 dikesan dalam tempoh 12 hari - KP Kesihatan
Kementerian Kesihatan mengesan 19 kes Varian yang Membimbangkan (VOC) COVID-19 melibatkan empat kes varian Delta (B.1.617.2) dan 15 kes varian Beta (B.1.351), hasil survelan genomik secara berterusan sejak 24 Mei hingga hari ini (4 Jun).
#berita pilihan #berita dalam negara #Astro Awani #berita tempatan #COVID-19 #KKM #perintah kawalan pergerakan #PKP #vaksin #PICK #imuniti kelompok #Hamzah Zainuddin