MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Jun 2021.
Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dengan pertambahan bekalan vaksin ini, sasaran kadar vaksinasi harian akan mencecah 150,000 dan angka ini dijangka akan terus meningkat.
PDRM umum pertukaran tujuh pegawai kanan berkuat kuasa 5 Julai
2. Pegawai Turus (D9) Siasatan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah, Sabah, Supt Zairolnizal Ishak antara tujuh pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terbabit dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa 5 Julai depan.
Kadar vaksinasi dos pertama negara ini adalah antara yang tertinggi di Asia Tenggara dengan lebih tiga juta individu sudah melengkapkan dos satu dan dua vaksin.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, tindakan mencurigakan umpama 'sebelah tangan bersalam dan sebelah tangan lagi memegang pisau' mestilah dijauhkan dalam gabungan itu.
Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan membincangkan situasi di Laut China Selatan bersama rakan sejawatnya dari China, Wang Yi susulan insiden pencerobohan ruang udara negara oleh 16 pesawat milik tentera udara China.
Tegas Presiden Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, langkah itu penting bagi badan perundangan bersemuka bagi membincang penyelesaian terbaik menangani COVID-19 di Malaysia yang dilihat semakin memburuk walaupun negara sudah melaksanakan darurat.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sejumlah 7,452 kes baharu dilaporkan dengan kumulatif kes kini adalah 610,574 kes.
Seorang wanita cedera apabila tangan kirinya tersepit di dalam mesin ketika melakukan kerja mengisar isi ayam di sebuah kilang di Pelabuhan Lumut
Penumpang yang menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Kelana Jaya pada waktu puncak pagi dan petang 1 Jun serta waktu puncak petang 3 Jun lepas disaran untuk menjalani ujian saringan COVID-19 susulan seorang penumpang disahkan positif COVID-19.
Wartawan veteran, Roseminah Ahmad, 73, meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, petang Sabtu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami