awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Sunat Perdana bawa kanak-kanak naik beca, tonjol warisan negeri
Keputusan kes 1MDB: Reformasi institusi perlu diteruskan - Gobind
MySTEP: Inisiatif wajar, Kerajaan MADANI cakna golongan sasar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wartawan veteran, Roseminah Ahmad meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
05/06/2021
13:48 MYT
Wartawan veteran, Roseminah Ahmad meninggal dunia
Allahyarham sudah tiga minggu dirawat di hospital selepas disahkan positif COVID-19. - Facebook/Siti Kamsari
KUALA LUMPUR: Wartawan veteran, Roseminah Ahmad, 73, meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, petang tadi.
Difahamkan, Allahyarham yang juga bekas Pengurus Jabatan Pengarang, Utusan Melayu (M) Bhd, sudah tiga minggu dirawat di hospital berkenaan selepas disahkan positif COVID-19.
Allahyarham meninggalkan suami, Mohd Kamalludeen Mahmood, tiga anak dan lima cucu.
Memetik laporan portal Utusan Malaysia, anak Allahyarham, Diyana Rose Mohd Kamalludeen memaklumkan, ibunya meninggal dunia disebabkan komplikasi jangkitan paru-paru, kegagalan organ dalaman hati, buah pinggang, kencing manis dan berlaku pembekuan darah di jantung selepas disahkan positif COVID-19.
“Ibu saya tiada sebarang gejala melainkan demam dan batuk biasa. Cuma, selepas Ahad lepas, Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) akibat masalah pernafasan.
“Tiga hari lepas, Allahyarham dikomakan oleh doktor sebab dia mengadu keadaan tidak selesa, namun, apabila sudah sedar, semalam, keadaan dia semakin nazak,” kata Diyana seperti yang dipetik portal berkenaan.
Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat AU2, esok.
Topic Berkaitan
#Roseminah Ahmad
#COVID-19
#unit rawatan rapi
#jangkitan
#wartawan
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan