awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 40,000 pelajar pedalaman manfaat MyRailLife, bergantung kepada tren KTMB
[TERKINI] Malaysia arah sekatan sementara terhadap Grok berkuat kuasa hari ini
Fasa kedua pilihan raya Myanmar bermula Ahad dalam suasana kurang meriah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Kadar vaksinasi negara antara tertinggi di Asia Tenggara

Astro Awani
Astro Awani
05/06/2021
03:37 MYT
Vaksin COVID-19: Kadar vaksinasi negara antara tertinggi di Asia Tenggara
Sasaran agar 80 peratus populasi Malaysia diberikan suntikan vaksin sebelum akhir tahun ini, akan tercapai. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Kadar vaksinasi dos pertama negara ini adalah antara yang tertinggi di Asia Tenggara dengan lebih tiga juta individu sudah melengkapkan dos satu dan dua vaksin.
Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pencapaian ini bukan sesuatu yang mudah kerana bekalan vaksin adalah di luar kawalan pihaknya.
“Sehingga hari ini, kita telah memberikan lebih 3 juta suntikan dos vaksin, dengan lebih 2 juta penerima telah menerima satu suntikan dos vaksin COVID-19. Kini kadar vaksinasi dos pertama Malaysia adalah antara tertinggi di Asia Tenggara.
“Pencapaian ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana bekalan vaksin adalah di luar kawalan kita. Malaysia perlu bersaing dengan negara-negara lain dan bergantung kepada pengeluar vaksin untuk mendapatkan bekalan.
“Bagaimanapun hasil persediaan awal kerajaan, kita telah berjaya menjamin bekalan vaksin yang mencukupi, malah melebihi daripada apa yang disasarkan sebelum ini," katanya menerusi ucapan khas berhubung perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) pada Sabtu.
Malah jelasnya, sasaran agar 80 peratus populasi Malaysia diberikan suntikan vaksin sebelum akhir tahun ini, akan tercapai.
“Dalam tempoh terdekat ini, saya telah diberi jaminan lebih banyak bekalan vaksin akan tiba. Saya telah mengarahkan Menteri Penyelaras, Khairy Jamaluddin untuk memastikan bilangan pusat pemberian vaksin (PPV) ditambah di seluruh pelosok negara bagi mempercepatkan dan mempermudahkan pemberian vaksin kepada anda semua.
“Pada masa ini, lebih 280 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sedang beroperasi di seluruh negara dan dijangka lebih 300 PPV lagi akan dibuka secepat mungkin. Sementara itu, sebanyak 105 klinik kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia, dewan-dewan awam dan universiti serta kompleks sukan dan stadium tertutup telahpun beroperasi.
“Saya sendiri telah melawat beberapa PPV termasuk 2 PPV mega iaitu di WTC dan MITEC bagi melihat sendiri proses pemberian vaksin ini. Dari maklumbalas yang saya terima ketika lawatan lawatan ke PPV ini, ramai yang menyambut baik usaha kerajaan untuk memvaksinasikan rakyat,” katanya.
Setakat 4 Jun, sejumlah 3.4 juta individu sudah terima dos satu dan dua vaksin. Daripada jumlah itu, 2.1 juta sudah lengkap dos kedua.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#Muhyiddin Yassin
#PPV
#Khairy Jamaluddin
#Asia Tenggara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan