MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 25 Jun 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 25 Jun 2021.
1. Vaksin COVID-19: Dos harian tertinggi pada 24 Jun, jumlah kumulatif 6.8 juta
Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), pada 24 Jun, sejumlah 268,604 suntikan vaksin direkodkan.
2. Tuntutan saman pemain Korea Selatan, PAFA rujuk FAM untuk khidmat nasihat
PAFA akan berbincang dengan FAM berhubung tuntutan saman RM500,000 yang dikemukakan pemain dari Korea Selatan Jeon Hyo-Seok, terhadap badan induk negeri itu.
3. MEF minta industri seni dibenar beroperasi ketika PKP
MEF memohon kerajaan membenarkan industri seni dan kreatif beroperasi ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
4. Indeks Harga Pengguna: Inflasi 4.4 peratus dicatat pada Mei 2021 - Mohd Uzir
Momentum yang perlahan adalah kesan daripada pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) 2021 sepanjang Mei yang meredakan tekanan inflasi bagi kumpulan berkenaan.
5. Sidang Parlimen secara hibrid dijangka akhir Ogos, awal September - Yang di-Pertua Dewan
Parlimen menjangkakan persidangan secara hibrid boleh diadakan sekitar akhir Ogos ini ataupun selewat-lewatnya minggu pertama September 2021.
6. Mazlan Lazim dilantik Timbalan Ketua Polis Negara - Hamzah
Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, Bukit Aman, Datuk Seri Mazlan Lazim dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara yang ke-27 berkuatkuasa hari ini.
7. Akad nikah dibenarkan di Selangor mulai 1 Julai
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membenarkan majlis akad nikah di negeri itu bermula 1 Julai depan selepas dilarang berikutan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh.
8. COVID-19: 5,812 kes baharu, 82 kematian
Malaysia mencatatkan sebanyak 5,812 kes baharu COVID-19 sepanjang 24 jam yang lalu menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak pandemik itu melanda sebanyak 722,659.
9. Sultan Selangor perkenan DUN bersidang 23 Ogos - Speaker
ultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada 23 Ogos ini.
10. Ibadah korban bermula jam 6 pagi hingga 6 petang sahaja - Zulkifli
Ibadah korban dibenarkan bermula pada Hari Raya Aidiladha dan tiga Hari Tasyrik, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

#berita pilihan
#berita tempatan
#berita utama
#Astro Awani
#vaksin
#COVID-19
#KKM
#PKP
#perintah kawalan pergerakan
#Ibadah Korban
#Selangor