awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akad nikah dibenarkan di Selangor mulai 1 Julai

Nailah Huda
Nailah Huda
25/06/2021
11:09 MYT
Akad nikah dibenarkan di Selangor mulai 1 Julai
Pasangan diwajibkan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta mengemukakan hasil ujian saringan COVID-19. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membenarkan majlis akad nikah di negeri itu bermula 1 Julai depan selepas dilarang berikutan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh.
Menerusi perkongsian di Facebook hari ini, JAIS bagaimanapun memaklumkan bahawa kebenaran hanya tertakluk kepada pasangan yang telah mendapat tarikh janji temu daripada JAIS dan PAID.
Majlis akad nikah juga hanya boleh dilangsungkan sekiranya memenuhi beberapa ketetapan lain.
Antaranya, akad nikah perlu dilaksanakan dengan kehadiran fizikal pihak-pihak di JAIS dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) sahaja setiap hari, dari Isnin ke Ahad.
Pada masa yang sama, pasangan juga perlu mendapat Kebenaran Berkahwin mengikut Seksyen 17 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 sebelum 1 Jun 2021, serta mempunyai keputusan ujian saringan HIV yang masih sah.
Selain itu, pasangan diwajibkan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta mengemukakan hasil ujian saringan COVID-19.
“Pengantin lelaki, pengantin perempuan dan wali wajib menjalani ujian RT-PCR Covid-19 dalam tempoh 72 jam (3 hari) dari waktu pelaksanaan majlis dan mengemukakan keputusan ujian kepada pendaftar sebelum majlis dilaksanakan.
“Pihak-pihak terlibat wajib mematuhi ketetapan semasa Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM) dan kerajaan negeri Selangor berkaitan langkah-langkah keselamatan,” menurut kenyataan tersebut.
Sumber Facebook JabatanAgamaIslamSelangor
Tegas JAIS, sebarang pelanggaran terhadap ketetapan itu boleh mengakibatkan majlis akad nikah ditangguh atau dibatalkan oleh Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk atau Pegawai Tadbir Agama.
JAIS turut mengingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil jika mana-mana individu atau pihak didapati gagal mematuhi SOP yang ditetapkan.
Selain di Selangor, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) semalam turut mengumumkan kebenaran majlis akad nikah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, mulai Sabtu ini mengikut beberapa ketetapan.
Topic Berkaitan
#akad nikah
#majlis
#perkahwinan
#kahwin
#Selangor
#Pengantin
#ujian saringan
#JAIS
#Jabatan Agama Islam Selangor
#PAID
#Pejabat Agama Islam Daerah
#COVID-19
#PKP
#total lockdown
#MKN
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan