Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Julai 4, 2021 15:58 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 4 Julai 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 4 Julai 2021.
1. PM Muhyiddin stabil, tiada masalah tumor lama
Menurut Pejabat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berada dalam keadaan stabil dan beransur pulih, serta dibenarkan bertugas sambil menerima rawatan.
2. Penutupan sekolah: Sewa kantin dikecualikan hingga hujung tahun - KPM
KPM memberi pengecualian sewaan kantin dan premis atau ruang bagi tempoh enam bulan mulai Julai hingga akhir tahun ini akibat penutupan sekolah.
3. Vaksin COVID-19: Sejuta dos Pfizer-BioNTech tiba di Malaysia esok
Sejuta dos vaksin COVID-19 yang disumbangkan oleh Pfizer-BioNTech akan tiba di Malaysia, pada Isnin (5 Julai).
4. Kesihatan PM makin baik, masih dirawat di hospital
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berada dalam keadaan stabil dan bertambah baik selepas dimasukkan ke hospital pada 30 Jun lalu.
5. Ahli Parlimen didakwa langgar SOP, polis Kedah buka kertas siasatan
Menerusi gambar yang ditular di laman sosial, Ahli Parlimen terbabit dikatakan sedang duduk di atas meja sambil bersila dan minum teh serta bersembang santai secara terbuka ketika satu program bantuan.
6. Majlis Agama Islam Narathiwat siasat dakwaan Timbalan Menteri nikah dalam talian
Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat Thailand akan menjalankan siasatan termasuk memanggil seorang imam Masjid Kedai Baru, Sungai Golok yang menjalankan majlis akad nikah secara dalam talian yang didakwa membabitkan seorang Timbalan Menteri di negara ini.
7. Tiga anggota polis antara tujuh didakwa larikan peti besi berisi RM400,000
Tiga anggota polis antara tujuh individu yang dituduh di Mahkamah Majistret, Alor Setar hari ini atas dakwaan memecah masuk dan melarikan sebuah peti besi berisi wang tunai RM400,000 pada 23 Jun lalu.
8. COVID-19: Kes baharu masih lebih 6,000, Selangor tertinggi dengan 2,262 kes
Angka jangkitan baharu COVID-19 dalam negara merekodkan 6,045 kes bagi tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah kumulatif setakat ini ialah 778,652 kes.
9. Moratorium LPPSA: Lihat penjawat awam dalam konteks isi rumah, bukan individu - Cuepacs
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berpandangan isu penangguhan bayaran balik pinjaman perumahan penjawat awam perlu dilihat dalam konteks isi rumah, bukannya sebagai individu yang tidak mempunyai tanggungan.
10. Kurung rakyat tidak lagi relevan, kaji semula SOP lebih holistik - TMJ
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berpendapat tindakan kerajaan mengurung rakyat tidak lagi relevan selain perlu mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP).
#berita pilihan #berita tempatan #Astro Awani #berita dalam negara #Perdana Menteri #Muhyiddin Yassin #COVID-19 #SOP #PKP